Twelve | 열 둘

169 61 40
                                    

Never lose hope and patience when doing good, and don't expect return of favors from anyone other than Allah.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Happy Reading ♡




Sedar tak sedar, sudah sebulan berlalu dan selama sebulan itulah, Aera menjadi kuli di sekolah kepada Disaster Four. Kelama-lamaan dia sudah terbiasa, meskipun geng itu banyak mengenakannya, tapi dia terpaksa melayankan dan menghadapinya dengan sabar.

Pernah juga dia dipandang remeh oleh beberapa pelajar perempuan kerana dianggap terlalu dekat dengan Disaster Four, mujurlah Seokjin nampak ketika itu dan menyelamatkannya. Sejak itu, pelajar-pelajar perempuan itu tidak lagi berani kepadanya. Aera tidak menganggap Seokjin menyelamatkan kerana kasihan, pasti hanya kerana dia berstatus kuli bagi group jejaka itu.

Namun yang dia perasan, dua anggota geng itu seakan mengambil berat pada dirinya iaitu Jimin dan Jungkook. Kalau Seokjin dan Namjoon, masih lagi beku. Lagipun dia hanya mengenali perwatakan Seokjin walaupun sedikit berbanding Namjoon.

Contohnya, dua orang bernama J di hadapan nama itu sekali sekala menegurnya dengan lembut dan menggoda. Ada kala ketika mereka berdua tidak menyenaraikan makanan mereka ke dalam list makanan untuk Aera beli di kantin.

Namun Aera sedikit berasa senang meskipun dia sendiri masih bingung dengan dua jejaka bernama Jimin dan Jungkook itu.

Dan syukur, setiap kali hujung minggu Ayana unnie akan menemuinya di rumah dan mengajarkannya perihal agama Islam dengan lebih mendalam. Sehari itu dia akan belajar cara membaca Iqra, dan doa-doa serta hal yang lain.

Dan kewajipan berpuasa pula, Aera sudah faham kenapa umat Islam diwajibkan puasa.

Menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan kewajipan bagi umat Islam. Puasa juga termasuk dalam rukun Islam yang ketiga, selain membaca syahadah, mengerjakan solat, membayar zakat dan.

Bahkan, puasa yang dilaksanakan pada bulan Ramadan disebutkan mampu memberikan kesucian jiwa, keikhlasan, ketulusan, hingga berfungsi sebagai pengawasan diri dan media meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Kata Ayana unnie, dalam Islam, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinantikan kerana banyak manfaat dan keajaibannya. Bulan yang mana pintu Neraka ditutup, para syaitan diikat dan pintu Syurga dibuka seluas-luasnya. Dan segala amalan-amalan diberikan berlipat kali ganda pahala dan berkahNya.

Mengapa diwajibkan berpuasa? Kerana ada saudara kita di luar sana tidak mampu untuk makan seperti kita dan dapat kita merasai kesusahan mereka.

Islam. Agama yang bertoleransi dan adil.

Someday √ Where stories live. Discover now