Twenty One | 이십 일

128 47 1
                                    

The more you seek and grow in your relationship with Allah, the less attractive sin is. Give Allah the desires of your heart.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Btw disebabkan hari ini adalah birthday Seokjiniieee, yaya update panjang gila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Btw disebabkan hari ini adalah birthday Seokjiniieee, yaya update panjang gila. Huhuks...

Happy Reading ♡


"Aik, mana si Aera tu?" soal Jungkook apabila mendapati Seokjin, Namjoon dan Jimin berada di kantin. Tidak seperti kebiasannya. Sebelum rehat dia sudah keluar dahulu dari kelas. Alasannya nak ke tandas kerana sakit perut, padahal pusing satu sekolah kerana bosan belajar.

Sebaik sahaja sampai, sudah menjadi kebiasaanya pelajar perempuan lain akan jadi ayu dan melirik ke arah mereka. Dah hampir satu bulan di tidak menapak kantin kerana selama ini Aera yang membeli, hantar makanan, sudah semestinya menjadi heboh kerana Disaster Four berada di kantin.

"Dia dah berhenti-" ujar Seokjin. Tangannya ligat membuka kimbab yang dibungkus segera.

"Mwoo?!" Jungkook membulatkan matanya. Mujur tidak menjerit macam perempuan. Dah lah dekat ramai orang.

Namjoon dan Jimin mengangguk pelan. Mereka sudah tahu dan begitulah reaksi mereka apabila mengetahui hal itu dari Seokjin.

Jungkook kemudian ketawa kecil, membuatkan ketiga-tiga pasang mata itu menghala ke arahnya.

"Kau kenapa?" soal Jimin.

"Dia berhenti sebab kau cium dia kan Seokjin?"

Kata-kata Jungkook membuatkan Seokjin yang sedang melahap kimbab itu tersedak.

"Mwo??!!!"

Semua orang memandang ke arah mereka berempat kerana terkejut jeritan Seokjin. Tidak pernah mereka melihat Seokjin menjerit sebegitu. Kedengaran suara-suara yang berbisik, malah ada yang memegang dada memastikan jantung mereka baik atau tidak apabila mendengar suara Seokjin yang cool itu.

Amboi...

Jungkook angkat kening, seakan mahukan kepastian. Seokjin pula memandang ke arah sekeliling dan tangannya menarik Jungkook. Jimin dan Namjoon mengikuti dari belakang.

"Apa kau cakap?" soal Seokjin apabila mereka tiba di rooftop.

"Kau cium Aera masa tu kan?" Jungkook bertanya dengan dahinya berkerut. Seokjin memicitkan pelipisnya. Tulah! Usik Aera macam tu, kan dah ada orang salah faham!

"Aniya! Aku tak buat macam tu la!"

Jungkook mengecilkan matanya. "Tipu. Aku nampak kau pegang belakang tengkuk Aera masa tu dan kau cium dia. Wah, Kim Seokjin! Kau sukakan Aera kan?" usik Jungkook.

Someday √ Where stories live. Discover now