Sometimes we wonder why things don't go the way we want to, why we don't have the life that we wanted. And so think again, what did you do to get it?
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.Happy Reading ♡
Kereta yang dipandu pakcik Sukjin masuk ke dalam perkarangan Sky Castle Gwacheon. Tersedak liur pakcik Sukjin dibuatnya melihat reka bentuk dan keluasan rumah itu.
Aera pula, terpaksa pulang awal. Berkali-kali Aera meminta maaf kepada pakcik Sukjin kerana tidak dapat menemani lelaki tua itu pulang. Pakcik Sukjin hanya tersenyum dan mengatakan tidak apa-apa. Seokjin yang melihat hanya tersenyum nipis. Dapat dia melihat wajah Aera yang seakan bersalah.
"Pakcik, masuklah..." ajak Seokjin sebaik sahaja kereta diparkir di garaj kereta.
"Eh tak apa, pakcik nak balik..."
Bukannya dia mahu menolak, cuma dia sedar bahawa kedudukannya tidak layak untuk memasuki rumah mewah sebegitu.
"Jangan begitu pakcik. Pakcik dah banyak tolong saya harini. Saya nak pelawa pakcik makan petang kat rumah saya,"
"Seokjin ah, pakcik ikhlas tolong kamu."
"Pakcik..."
"Lagipun pakcik ada banyak kerja kat rumah," ujar pakcik Sukjin lagi.
Seokjin menghela nafas berathya. "Apa-apapun, terima kasih untuk hari ni pakcik."
Pakcik Sukjin mengangguk. "Pakcik dah anggap kamu macam anak pakcik sendiri,"
Seokjin tersenyum. "Boleh saya peluk pakcik?"
Pakcik Sukjin terkedu sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. "Marilah,"
Seokjin terus mendakap tubuh lelaki tua itu dengan erat. Begitu juga dengan pakcik Sukjin. Entah mengapa Seokjin merasakan pelukan itu amat nyaman dan sangat bermakna.
Setelah beberapa minit, akhirnya pelukan itu terlepas.
"Jaga kesihatan. Jangan demam," pesan pakcik Sukjin.
Seokjin tersenyum. "Arraso. Jaga diri pakcik,"
Setelah pemergian pakcik Sukjin, Seokjin merasakan sesuatu hal yang sangat sulit untuk diertikan. Seolah-olah perasaan yang sangat bahagia. Teringat sewaktu mereka bertiga berjalan di taman tadi. Seakan keluarga yang bahagia. Pakcik Sukjin yang sangat ramah dan selalu menghiburkan dan juga Aera yang saling menasihatinya.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...