Chapters cannot be skipped. Same goes to your life chapters. You need to go through one by one.
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.
Happy Reading ♡Seokjin Kim
+ Hai hyung
+ Aku nak mintak izin
bawak Aera keluar
petang boleh?+ Ada hal sikit.
+ Aik buat apa
+ Adalah...
+ Aku janji tak akan buat
apa-apa kat dia+ Trust me hyung
+ Hum
+Jangan balik
lambat+ Patuh arahan
hyung!Yoongi menghela nafas berat. Dia kemudian meletakkan telefonnya di atas meja. Bukan dia tidak tahu apa yang dimaksudkan Seokjin. Pada awalnya dia mahu sahaja membantah, namun mendengarkan perbualan Aera dengan gadis bernama Ayana itu, hatinya tertanya-tanya.
Kenapa begitu kukuh pendirian mereka terhadap agama Islam.
Yoongi tidak mengerti. Kenapa agama itu melarang apa yang dilakukan semua masyarakat mereka.
Yakni bercouple sebelum kahwin.
Yoongi pernah sesekali bercouple dengan seorang gadis sewaktu sekolah menengah namun ia tidak berpanjangan. Mereka putus kerana ada sedikit kesalahfahaman dan
waktu itu Aera masih lagi sekolah rendah.Dan waktu itu dia kecewa bukan main. Kecewa putus cinta katakan. Mujurlah Aera menjadi penghiburnya.
Semenjak Aera satu sekolah bersamanya, Yoongi tidak lagi bercouple dengan sesiapa. Dia banyak bersama Aera dan tidak akan membenarkan sesiapa namja berkawan atau mendekati Aera.
Yoongi akhirnya memahami. Ada hikmah kenapa perkara itu dilarang. Dia tersenyum.
"Oppa! Jom makan!" teriakan Aera membuatkan Yoongi tersentak ke dunia nyata. Gadis itu sudahpun siap mandi dan terus keluar ke dapur.
"Wah, Aera masak apa?" Yoongi menarik sebuah kerusi dan duduk. Melihat Aera yang lincah memasak.
"Aera buat nasi goreng ala Malaysia! Aera belajar masa kat sana. Sedap tau!" ujar Aera dengan penuh ceria.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...