Remember, first impressions, appearances and manner of words are important. It shows your true self. Mind that
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.
Happy Reading ♡
Sudah lama Seokjin tidak melepak bersama gengnya. Hari ini mereka bersepakat untuk melepak di kafe junior mereka yakni Yeonjun. Bahkan kali terakhir mereka lepak, di mall. Di mana dia berjalan berdua dengan Aera. Meskipun begitu group mereka tidak terlalu aktif.
Seokjin sendiri tidak tahu gengnya itu membuat satu lagi group tanpa ada dia di dalamnya. Kalau tahu pun, Seokjin tidak kisah. Dia bukannya aktif sangat dengan group chat.
"Yow, Seokjin. Ceria nampak." Namjoon menaikkan sebelah alisnya. Semenjak mereka mengetahui bahawa rapatnya Seokjin dengan Aera, mereka cuba untuk kelihatan tidak tahu apa-apa.
"Dah tu, selama ni aku nampak menyedihkan ke?" soal Seokjin selamba membuatkan Jimin yang menghirup latte itu tersedak.
"Yash! Ayat kau tu tak boleh menyedihkan lagi ke?" bidas Jimin.
Mereka ketawa.
"Seokjin. Aku rasa kau tak payah nak sembunyikan lagi," Jungkook berbicara sambil tersenyum tipis. Dia mengacau krim pada kopinya itu.
"Sembunyikan apa?" soal Seokjin blur.
"Yang kau sukakan Aera," setelah Jungkook mengatakan itu, mereka menatap Seokjin dengan pandangan penuh makna.
Seokjin terkejut namun dia cuba mengekalkan reaksi biasa. Bahkan dia menahan dan berdoa agar kulitnya tidak memerah kerana menahan malu yang teramat.
"Kalau ya kenapa?" soal Seokjin dengan lagak cool. Janji tak malu-malu depan gengnya itu. Nanti kena ejek tujuh keturunan jawapnya!
"Wa..." mereka bertiga tersenyum nakal.
"Macamana kau boleh suka kat Aera eh?" tanya Jungkook.
"Entah," Seokjin menjawab. Dia cuba mengekalkan reaksi biasa walhal dia berasa sangat malu. Mahu sahaja dia beredar dari situ. Menahan mukanya dari memerah.
"Dah Aera suka tak kau?" soal Namjoon. Seokjin menggedikkan bahu.
"Em, entahlah. Dia tu macam..." Seokjin menjeda seketika. Takkan la dia nak bagitahu dia buat ayat-ayat cair macam Jungkook dan Jimin buat? No no no. Calar reputasi dia sebagai ketua Disaster Four.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...