People don't know what you're going through. You'll be the only one to know when you're having a hard time. Everyone has their own problems. So, you don't have to fall deeply into it, nor you should take it lightly.
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.
Happy Reading ♡
"Aera ya, tahu tak lusa apa?"
Soalan yang diajukan oleh Ayana membuatkan Aera mengeryitkan matanya. Dia berfikir sejenak.
"Em, hari apa ya unnie?"
Ayana tersenyum. "Hari di mana semua umat Islam diwajibkan berpuasa yakni bulan Ramadhan,"
Yakah?" Aera membulatkan matanya tidak percaya. Reaksinya begitu teruja.
"Ya. Tapi..."
"Kenapa unnie?" tanya Aera apabila melihat wajah Ayana yang seakan muram.
"Biasanya, bulan Ramadhan unnie akan tinggal kat Seoul."
"Mwo?" Aera terpempan.
"Unnie akan pergi kat Seoul dan tinggal dengan beberapa saudara Muslim kat sana." tutur Ayana lembut.
"Kat sana ada sekelompok masyarakat kita yang beragama Islam. Bahkan saudara unnie yang beragama Islam pun ada. Kat sana juga ada sebuah masjid yakni rumah ibadat umat Islam. Kami akan solat Tarawih, dan melakukan sunnah sepanjang bulan Ramadhan bersama-sama di sana. Dan yang paling best, sambut Hari Raya Aidilfitri sama-sama,"
Aera hanya diam membisu. Jujur dia mengatakan bahawa itu sangat menyeronokkan.
Namun...
"Berapa lama bulan Ramadhan itu unnie?"
Ayana tersenyum lembut. "Namanya bulan, mestilah sebulan. Bulan Ramadhan, 30 hari. Jadi sepanjang 30 hari itu kita diwajibkan berpuasa."
Aera menggangguk faham. Dia sudah dimaklumkan tentang hal itu.
"Aera nak pergi?"
Pertanyaan Ayana membuatkan Aera tersentak. Memanglah dia mahu pergi, namun...
Makcik Lee. Siapa yang mahu menemani wanita itu?
"Aera nak sangat pergi. Tapi..." Aera berdehem seketika. "Siapa nak jaga ahjumma nanti?"
Ayana hanya mengukirkan senyuman tipis. Dugaannya benar bahawa itu yang akan dikatakan Aera.
"Kalau macam tu unnie akan ajak ahjumma sekali," beritahu Ayana.
"Bolehkah?" soal Aera teruja.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...