Every day is a new beginning. Do not choose to live in the night, do not still imagine the bad things that happened last night for the impression for us to live today. We are still here today. Use today to sketch tomorrow for the better.
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.Happy Reading ♡
"Macam mana kak Aira, unnie? Okey tak?" Aera memutar-mutar tubuhnya yang berbalut blouse labuh berwarna merah hati di hadapan cermin besar itu. Itu adalah baju rayanya yang direka oleh Ayana.
"Okey sangat, Aera. Tak nampak jarang dan ketat. Cun!" Aira memuji.
"Ini nama dia blouse, Aera. Dekat Malaysia, macam-macam jenis blouse ada." ujar Ayana sambil menyapu sedikit debu pada blousse yang dipakai Aera.
"Wah, Aera pernah nampak kat Malaysia baju macam ni tapi rekaan dia lain." Aera tersenyum lebar.
"Dekat Malaysia, baju raya akak nama dia baju kurung. Baju kurung tu, pakaian tradisional orang Malaysia. Kalau kat sini kan hanbok. Jap akak amik." Aira bangkit dan menuju ke arah lemari biliknya.
"Ni baju raya sebelum kami pindah sini,"
"Wah, cantiknya! Nak tengok boleh kak Aira?"
"Nah, kalau Aera nak amiklah. Hadiah dari akak."
Aera terkejut. "Yakah? Terima kasih akak!"
Sudah hampir empat minggu berpuasa, tidak menyangka bahawa esok telahpun menjelang raya.
Kata Ayana, dia mengikuti tradisi sambutan Aidilfitri persis keluarga Tuan Hanafi mengikut adat Melayu. Itu kerana mereka sudah lama tinggal di Malaysia dan mengikuti tradisi hari raya muslin di negara itu. Bahkan pada tahun lepas, dia menyambut hari raya bersama mereka
"Aera nak tahu tak? Masa akak kat Malaysia dulu, sambutan hari raya orang muslim serius meriah! Ada bunga api, pergi ziarah rumah saudara dan kawan-kawan, beraya satu kampung, makan kuih-muih. Duit raya. Wah, bila teringat balik semua tu, rindu sangat!" dengan antusias Aira bercerita. Betapa dia rindunya Malaysia.
Aera ternganga. Wah, sungguh meriah!
"Tapi jangan risau! Dekat Seoul ada jugak." ujar Ayana dengan senyuman manisnya.
"Ya Allah, tak sabarnya!"
Ayana dan Aira tidak habis-habis tersenyum melihat keterujaan Aera.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfic[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...