Self-love gives you the confidence you need to know that you will be okay on your own and that you don't need someone else to validate you or make you feel complete.
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.Happy Reading ♡
"Seokjin mana yeobo? Dah tiga hari dia tak balik!" soal Puan Kim. Tipu dia tidak risau. Sejak dia dikhabarkan bahawa Seokjin telah mengetahui semuanya, dia menyesal sekaligus berasa sedih.
"Hum," Tuan Kim hanya mampu meraup wajahnya berkali-kali. Sepanjang tiga hari dia meminta Hanbin untuk mencari Seokjin dengan melacak lokasi telefon anaknya itu. Namun kali terakhir telefon anaknya itu aktif di sekitar bandar berdekatan Seoul.
Mahu menyalahkan Hanbin tidak ada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur. Apa yang terjadi perlulah diterima dengan hati yang terbuka.
Bahkan guru-guru sekolah Seokjin pula telah menelefon bertanyakan perihal Seokjin termasuk rakan-rakannya. Namun, Tuan Kim bijak mengawalnya
"Sabar, saya tengah usahakan. Yeobo bertenanglah."
Puan Kim masih lagi menangis sekaligus berasa kesal kerana tindakan mereka. Bahkan betapa kurangnya mereka menjadi 'ibubapa' Seokjin. Mustahil untuk mereka melaporkan hal itu kepada pihak polis kerana hal itu adalah kesalahan yang berat.
"Semua ni salah Yeobo, kalau bukan sebab mulut Yeobo semua ni takkan terjadi!"
Tuan Kim hanya mampu menghela nafas panjang.
"Kita ni dahlah abaikan Seokjin, kurang beri kasih sayang pada dia sejak dia meningkat remaja, kita pisahkan dia dari keluarga kandung dia... ki...kita bersalah pada dia yeobo." ujar Puan Kim lagi menghamburkan tangisan yang kian menjadi-jadi.
Tuan Kim tidak mampu mengatakan apa-apa lagi. Semua yang disebutkan oleh isterinya untuk benar sekali.
****
"Ni dah dekat tiga hari Seokjin tak datang sekolah," kata Namjoon.
Mereka bertiga kini berada di rooftop. Bukan ponteng ye, lepak sebab masa rehat.
"Aku nak tengok last seen dia dekat Kakaotalk dia hide pula. Hm," ujar Jungkook sambil mengeluarkan telefonnya.
"Aku mesej pun satu tick je. Telefon dia rosakkah? Kalau rosak dia boleh je beli yang baru..." kata Namjoon.
"Aku pergilah rumah dia semalam, lepastu pengawal dia kata ada masalah keluarga." beritahu Jimin.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...