Chapter 41

172 18 11
                                    

(Teacher Irene P.O.V)

Aku menarik nafas, haih! Pening betul aku dibuatnya bila asyik fikirkan masalah keluarga.

Aku masuk ke perpustakaan, tempat di mana aku selalu lepak. Sejujurnya, dulu sewaktu menjadi guru di Gold High, di sinilah kediamanku.

Bila aku bosan, perpustakaan lah menjadi tempat pilihan aku. Well, actually dulu aku adalah juga pergi perpustakaan Gold High dengan Zedi.

Kalau korang semua ingat, Zedi ni seorang yang suka membaca. Tapi, haih! Buku yang dia suka baca bukannya buku sains mahupun sejarah dan novel- novel. Yang dibacanya komik tapi aku tak kesah. Asalkan dia ada minat nak membaca.

Aku duduk di meja yang berada di tepi dinding. Aku langsung tak ambil apa- apa buku. Aku hanya nak duduk dan termenung. Ya, aku tak pernah baca buku di perpustakaan rumahku.

Yang aku buat hanya termenung, begitu juga di perpustakaan Gold High. Zedi selalu tegur aku. Katanya,

'Teacher kalau nak termenung, baik teacher batalkan niat tu, tak ada faedah. Lebih baik hadap je muka saya. Dijamin wajah jelita ini terbawa- bawa sampai ke mimpi'

Ya, aku mempunyai ingatan yang kuat. Malah, aku boleh mengingati perkara 10 tahun lepas dengan terperinci tanpa terlupa apa- apa langsung.

Namun, aku hanya mempunyai ingatan yang kuat jika waktu itu aku tidak dikawal.

Aku terimbau kenanganku bersama ZIQHAS yang penuh kebahagiaan. Kenangan tahun lepas.

Aku berjalan dengan lemah menuju ke studio. Aku terlambat untuk perjumpaan 'ZIQHAS and teacher Irene' . Aku baru sahaja berbual dengan papaku di telefon.

Ya, seperti yang korang ingat. Setiap kali sebelum perjumpaan dengan ZIQHAS, aku mesti datang lambat. Aku perlu menelefon papaku.

Aku tak suka, aku benci!

Setiap hari aku berdoa bahawa papaku akan bertukar fikiran. Bertukar fikiran agar tidak menyakiti anak- anak muridku. Aku sayang mereka. Sayang teramat!

Bagi aku, selain daripada keluargaku, ZIQHAS juga nyawaku. Tetapi tidak bagi papa, dia hanyalah penghancur kebahagiaanku sejak dahulu lagi.

Aku sudah pun sampai di pintu utama studio. Aku menarik nafas. Aku menampar wajah lemahku dengan perlahan.

"Rin, kau tak boleh tunjuk muka lemah kau depan diorang! Jangan buat diorang risau! Jangan bagi senyuman diorang yang selalu kau nampak tu hilang sebab diorang risaukan kau! " aku membebel terhadap diriku sendiri.

"NI AKU PUNYA! "

Aku terkejut lalu aku pun memandang pintu utama studio. Suara tu ada dekat dalam studio dan aku kenal sangat siapa pemilik suara itu.

Aku menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Aku terus masuk ke dalam studio dengan senyuman manis yang palsu.

Aku sudah nampak Izla yang sedang mencekik Hara. Hara pula kelihatan seperti roh dan jasadnya sudah terpisah lama. Aisy yang cuba hentikan Izla tetapi gagal.

Qari yang sedang rakam peristiwa itu, mungkin nak buat kenangan. Zedi pula seperti menjadi wartawan dalam rakaman Qari, cuba menerangkan situasi. Dan akhir sekali, Syaz yang hanya duduk di tepi sambil minum air tin milonya.

Aku tepuk dahi lantas bergerak menuju ke Syaz. Syaz memandangku.

"Aik, tak join? " aku menyoalnya.

"Nope, baung masa je, teacher, " Syaz mengeluarkan lebih banyak air tin di dalam tote bag berlogokan ZIQHAS untuk memberiku memilih air yang kuingin.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now