Chapter 11

325 52 211
                                    

Izla (P.O.V)

Aku tak paham? Hari ni sepatutnya kitorang sekolah. Tapi kenapa kitorang dekat sekolah lain?

"Ze, kita buat apa dekat sini? " aku menyoal kehairanan. Mana tahu dia nak cari lima lelaki semalam kan? Zedi ni bukannya betul.

Zedi hanya tersenyum sinis. Oh shit! That creepy smile.

"Kita kan nak cari Qari. " Zedi terus pergi ke pondok pengawal keselamatan.

"Ni sekolah baru Qari ke? " Aisy menyoal.

"Cepat betul Iblis betina tu buat kerja. " sempat juga Syaz mengutuk Zedi.

Zedi menepuk belakang Syaz dengan kuat, " Biadap ya kamu, Syaz. Semalam syaitan, hari ini Iblis betina. "

Syaz membuat muka kosongnya. Kami pun sampai di pondok pengawal. Ya Allah. Buruknya pondok pengawal sekolah ni. Bukan ke private school?

"Buruknya. " Aisy yang paling pantas memberi kutukan terhadap pondok pengawal itu.

"Kotor! " Hara membuat muka terkejutnya.

Syaz menggelengkan kepalaku. Terkejut aku. Aku memandangnya, " Kau asal gelengkan kepala aku? Kau ada kepala sendiri kan? "

Aku memandangnya pelik. Aku tengok kepala dia elok je melekat. Tak ada pun hilang.

"Saja je. Kau tak ada dialog kan? So, aku gelengkan lah kepala kau! Nampaklah sikit kewujudan kau dekat sini. " Syaz menjawab selamba.

Panas aku dengar, "Excuse me, ni pov aku. Takkan aku boleh tiba- tiba tak ada sekali. Logik lah kalau ye pun. "

Aku rasa lepas ni Syaz tak boleh selalu sangat dengan Zedi. Mesti kegilaan Zedi dah melekat dekat Syaz. Aku bukan tak suka diorang rapat. Aku suka cuma aku takut gelap masa depan ZIQHAS. Syaz je harapan kitorang berenam sebab dia je yang masih waras. Ehh berenam? Haha! Maaf kerana gelak tak ikhlas.

"Assalamualaikum, pak cik. Maafkan saya kerana mengganggu. " Zedi mempamerkan senyuman manis.

Kami tercengang. Serius lah ni Zedi? Zedi ZIQHAS? Zedi kawan kitorang tu? Sopannya!

"Waalaikumussalam-- "

Pang!

Terkejut kami apabila Hara menampar Zedi. Zedi apatah lagi.

"Hei, kenapa kamu lempang kawan kamu? " Terkocoh- kocoh pak cik itu mendapatkan kami.

"Tak apa, pak cik. Kami memang bergurau kasar. " Syaz tertawa janggal.

Zedi meluku kepala Hara.

"Adoi sakitlah Ze! " Hara menjerit.

Makin kuat Zedi meluku kepala Hara, "Itu sebab kau tampar aku! "

"Aku ingatkan aku mimpi tadi. Sopan noh! " Hara membalas dengan jeritan.

"Kepala nenek punya belah mak cik kau! "

"Kepala ongek kau! "

Aku segera meleraikan pergelutan itu. Zedi terus pergi ke pak cik itu manakala Hara pula masih dengan lakonannya.

"Sakitlah Ze! Lepaskan kepala aku! " Hara menjerit secara tiba- tiba. Terkejut kami berempat dengan jeritannya . Pak cik itu terkebil- kebil melihat kami berlima. Kini, semua pelajar berdekatan berhenti berjalan. Tumpuan mereka beralih kepada kami.

Pak cik itu terkejut apabila semua pelajar memandang ke arah pondok pengawalnya ataupun lebih tepat memandangnya dan ZIQHAS.

Aku, Aisy serta Syaz terus mengalihkan pandangan terhadap Zedi.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now