Chapter 29

207 22 8
                                    

(Hara P.O.V)

Aku mengeluh, kejap lagi ada perjumpaan kelab sukan dan permainan. Aku kelab memanah. Yang aku tak puas hatinya, asal kelab aku saja nak ada perjumpaan bagai? SEMINGGU SEKALI!

Kelab Zedi, bola tampar buat perjumpaan setahun dua kali saja. Kalau Izla pula bola jaring dua bulan sekali. Walaupun Qari tak rapat dengan kitorang, aku tahu yang dia masuk kelab berbasikal. Kelab berenang Aisy pula sebulan sekali dan kelab Syaz pula bola baling hanya jumpa sebulan sekali. Sama macam kelab berenang.

Pengumuman dibuat. Aku mengeluh mendengar pengumuman itu,

"Kepada semua pelajar kelab memanah, sila tampilkan diri anda di dewan Sky's sekarang juga. Saya ulangi..... "

Kami semua terdiam, dengar macam ada cakap 'saya ulangi' tapi kenapa announcement diam saja.

"Ehem ehem! Saya puasa hari ini. Jadi saya takkan ulangi, kepada sesiapa yang tak dapat dengar dengan jelas, tanyalah kawan semeja kamu. Kalau dia pun tak dengar, haih. Pandai- pandailah kamu settle, itu sahaja, "

Krik krik, krik krik.

"Eh? Aku rasa kalau dia bagitahu lagi sekali lagi pendek daripada dia membebel, kan? " Aku menyoal rakan semejaku.

Dia mengangguk lalu aku pun bangun mendekati guruku.

"Cikgu, saya kena pergi ke dewan Sky's , " Aku berkata dengan sopan.

Cikguku meletakkan buku teks di atas meja, "Haa? Apa dia? "

Aku tersenyum, "Saya ahli kelab memanah, nak pergi ke dewan-- "

"Ohh, kelab memanah? " Cikguku memotong dengan nada teruja.

"Ehh haah, cikgu. Kenapa ye? " Aku menyoal degan riak keliru.

Cikguku tersenyum, "Saja tanya, dah pergi sana. Shuh shuh! " Cikguku mengambil buku teksnya kembali.

Aku menggaru keningku, patutlah ramai pelajar dekat sini cakap cikgu ini pelik. Kurang kasih sayang kot sejak suami dia ceraikan dia.

Aku terus keluar dari kelas, menuju ke dewan Sky's. Sedang aku berjalan, seseorang dibelakangku berdehem.

Aku menoleh ke belakang lalu aku pun mengeluh melihat gerangan itu. Aku mempercepatkan langkahku.

"Hey, why so fast? " Khai menyoal dengan sengaja untuk menaikkan darahku.

Aku mengabaikan dia, aku terus berjalan dengan pantas. Khai dengan selamba berjalan di sebelahku sambil bersiul. Aku geram lalu aku pun berlari dengan pantas.

Aku terdengar Khai ketawa dengan kuat. Damn that footballer! Berani dia ketawakan aku! Kau tunggu aku akan balas dendam!

------

Aku hanya mendengar guru penasihat kami membebel. Bila dengar topik yang dibebelkan itu, aku tiba- tiba teringat iklan Zedi hari itu. Cikgu ini bebelkan 'kebaikan memasuki kelab memanah' dan Zedi punya pula 'kebaikan kelas kasturi'.

Nice! Aku patut kenalkan Zedi dengan guru penasihat aku ini. Boleh kamceng nanti. Mana tahu, boleh guna cable macam dengan Teacher Irene dulu~

"Baiklah, itu sahaja untuk hari ini semua. Saya harap antara kamu semua, ada yang mahu menjadi manager untuk kelab memanah, " guru penasihat memandang kami semua dengan penuh harapan. Terutamanya sekali terhadap pelajar perempuan tingkatan 5. Aku memang awal- awal tak nak, aku tarik diri.

Kami semua mengangguk lalu bangun. Aku menepuk bajuku.

"Itu sahaja ya untuk perjumpaan minggu ini. Saya harap minggu hadapan jumlah ahli masih sama, "

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now