Chapter 14

311 45 196
                                    

Di Gold High,

Zedi (P.O.V)

Selepas sahaja selesai berjumpa dengan pengetua Diamond High dan lima ketul lelaki yang tak guna tu, kami terus balik ke Gold High. Nak beritahu pengetua sekolah kami tentang pemindahan kami berlima.

Pengetua mengeluh. Kini, kami berlima berjumpa dengan pengetua di biliknya untuk menyatakan hasrat kami. Ya, kami ingin pindah ke Diamond High. Teacher Irene pun dipanggil. Aku cuma terfikir, apa function dia datang sini.

"Kamu berlima betul ke ni? " Pengetua memandang kami berlima.

Kami berlima hanya mengangguk sahaja. Sekali lagi pengetua mengeluh.

Aku tak paham. Kenapa sampai mengeluh. Ohh mungkin faktor umur. Hahaha! Tak ada kena mengena pun! Ampun pengetua.

Berita kitorang berlima nak pindah pun dah tersebar luas. Bukan dekat Gold High saja tetapi dekat Diamond High sekali. Susah lah jadi budak hot ni. Susah sangat- sangat. Haih.

Asal ZIQHAS je mesti hot. Asal cantik je mesti aku. Asal baik je mesti aku. Asal naif je mesti aku. Ceh! Gurau je.

"Kenapa mesti kesemuanya nak berpindah? Ke sekolah yang sama? Ini bukan lawatan tau nak sama- sama. " Pengetua memandang kami semua.

Aku baru perasan dekat tepi mata pengetua ada taik mata. Nak tegur ke tak? Nak ke tak nak? Okay, aku ambil keputusan untuk tegur.

"Pengetua. " aku memanggil. Pengetua menjongketkan keningnya.

Oh wah! Kenapa ramai suka jongket kening dalam cerita ni ehh. Jangan- jangan dekat Diamond High nanti mak cik dengan pak cik cleaner pun suka jongket kening. Mana tahu kan?

Dengan bismillah, aku terus menarik nafas, " Dekat tepi mata pengetua ada taik mata. " Aku lega lepas memberitahu hal tersebut.

Pengetua terus mengambil cermin kecil untuk melihat. Ehh dia ingat aku tipu ke apa. Mana boleh seorang gadis baik seperti Zedi menipu orang sesuka hati. Ehek!

Pak!

Aku mengaduh. Syaz memeluk tubuh, "Jangan buat benda pelik boleh tak! "

Aku mengembungkan pipiku. Dasar pemukul.

"Baiklah. Terima kasih sebab tegur walaupun sebenarnya saya agak malu di tegur. Kita kembali ke topik kita ye. " Pengetua pun meletakkan cermin kecil itu di dalam laci mejanya.

"Baiklah. Mari kita mulakan. Kenapa kamu semua nak pindah ke sekolah baru Qari? " Pengetua memandang kami satu- persatu.

"Kitorang kan ZIQHAS! " Hara menjawab.

Krik krik, krik krik.

Aku pergi ke telinga Hara lalu aku pun berbisik, " Tak ada kena mengena langsung tho. Jangan malukan kitorang. " Aku terus menjarakkan diriku.

Hara menjelingku, " Kau yang selalu buat kitorang malu. "

Aku tersengih. Tipu je tu.

"Kitorang tak boleh kalau kurang satu. So, no matter what happen, we will find Qari and stay together! " Syaz bersuara. Kami semua tersenyum hambar.

Aku dapat tengok yang Teacher Irene terkedu mendengar luahan hati Syaz. It's too late!

"YES!! ZIQHAS ALWAYS TOGETHER!! " Kami berempat menyokong Syaz dengan bersemangat. Teacher Irene menundukkan mukanya.

"Irene? Kamu okay tak ni? Mereka nak pindah. Saya takut je nanti kamu sedih sebab ZIQHAS akan tinggalkan kamu. Dulu Qari tinggalkan kamu, sekarang mereka berlima nak ikut Qari. " Pengetua terus memandang Teacher Irene.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now