Chapter 17

309 43 111
                                    

Aisy (P.O.V)

Aku, Izla , Hara dan Syaz menuju ke kelas kami. Kami mendapat kelas pertama yang dinamakan Tuah. Kelas pertama? Pandai kan. Tahu! Budak sains ni! Muahahaha. Kelas kedua pula dinamakan Lekir, kelas ketiga pula Kasturi dan kelas terakhir Jebat.

Aku rasa sekolah ni hebat sejarah lah. Tengoklah! Nama kelas pun sejarah. Cubalah letak Taylor Swift ke, Justin Bieber ke, Ariana Grande ke. Sebab setahu aku, sekolah ni terkenal kerana pelajarnya amat berbakat dalam bidang muzik.

Zedi berada di kelas ketiga iaitu kelas aliran sastera. Mesti korang tertanya kenapa dulu kitorang sama kelas, sekarang boleh tercicir seketul tu kan? Sebab dulu Zedi main masuk je kelas dia dapat dari keputusan PT3.

Bila masuk kelas sains masa tingkatan empat baru dia tahu betapa susahnya sains. Tercyduk Zedi masa tu! So, dekat Diamond High, dia pilih nak ambil sastera sebab dia mula minat membaca. Kitorang pun tak nak halang. Dia ada hak nak tentukan masa depan dia. Ecewah! Halah, masa rehat nanti makan setable juga.

"Kau tak risau lepaskan Zedi sorang- sorang? " Izla bertanya terhadap Syaz. Aku dan Hara hanya mendiamkan diri. Mendengar sahaja.

Sejujurnya, walaupun Zedi dan Izla selalu bergaduh, Izla selalu risaukan Zedi jika Zedi tiada bersama kami. Mungkin kerana dia yang paling rapat dengan Zedi.

"Aku tahu dia boleh jaga diri. " Syaz menjawab sambil berjalan.

"Okay, macam mana kalau lima lelaki tu kelas Kasturi tanpa kita sedar? " Kami bertiga terhenti. Ya, betul juga. Apa jadi dekat Zedi nanti.

Aku tergelak sinis. Aku rasa diorang berlima takkan dapat kacau Zedi lagi macam semalam. Percaya cakap aku. Zedi boleh lawan diorang. Kalau fizikal, mesti lima lelaki tu menang. Jadi, kalau mental pula, aku tahu yang Zedi boleh menang macam tu saja. Zedi akan buat mental diorang terseksa.

"Yakin ke diorang boleh kacau Zedi lagi? " Aku memandang mereka. Mereka bertiga terdiam lalu ketawa.

"Yeah! Aku hampir terlupa tentang kegilaan tanpa batas dia. " Hara menggeleng perlahan .

"Tu dia! " Kami bertiga terus melihat kelas di tepi perpustakaan yang ditunjuk oleh Syaz.

Ya, seperti yang anda semua fikirkan, kami berempat nampak Zedi tengah berdiri di luar pintu. Menunggu masa untuk masuk. Okay, jangan salah paham! Zedi bukannya kena denda. Kalau dia kena denda waktu hari pertama sekolah, nahas dia kena dengan kitorang!

Yang aku tahu, pengetua ada cakap bila ada pelajar baru, pelajar tersebut kena berdiri di luar kelas sehinggalah guru kelas itu memberi kebenaran untuk masuk. Sebab guru kelas tu nak bagitahu pelajarnya yang lain tentang kehadiran budak baru.

Korang paham kan? Kalau tak paham juga, korang lagi pembaris dari Aisy dan lagi bangang dari Zedi yang tak ada otak!

Kami berdiri di hadapan kelas Tuah. Wah! Dari luar kelas, aku dah nampak keselesaan kelas. Kasut letak luar! Pintu sliding!

Lagi satu, mesti korang pelikkan! Kenapa kitorang boleh masuk ke kelas yang sama? Sebab sekali lagi kitorang guna cable. Actually, kitorang bukanlah nak guna cable sangat tapi dah rezeki. Nak buat macam mana? Takkan nak tolak! Lagipun kitorang dari awal ambil aliran sains.

Kalau lah kitorang kena masuk kelas akhir, Zedi, Hara dengan Izla bercadang nak bawa kes ni ke mahkamah. Lepastu viral kan dekat twitter, instagram, facebook dengan wechat. Wechat tu mestilah Izla dah conquer dulu.

Tapi acah je semua tu. Kau tengoklah! Kes mahkamah ke mana! Viral ke mana! Zedi nya ke mana! Kalau ikutkan hati, nak je kitorang pijak Zedi sama- sama. Haha!

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now