Chapter 10

381 52 136
                                    

Wanita itu termenung. Dua hari lagi dia akan bertolak ke Malaysia. Mengenangkan nasib keluarganya membuatkan dia runsing. Dia sudah hilang jejak keluarganya. Bagaimana dia ingin berjumpa dengan keluarganya yang sudah lama tidak di temu.

"Mother, father, brother, sister. " Wanita itu menutup matanya untuk menghalang air matanya keluar. Wanita itu menoleh ke belakang di mana gambar keluarganya ketika dia masih lagi kanak- kanak.

Di tepi gambar keluarga, terdapat gambar arwah datuk dan neneknya. Mereka lah menjaganya selama ini. Setelah peristiwa hitam itu berlaku, orang- orang suruhan datuk dan neneknya cuba menjejaki keluarganya namun tidak berjaya. Hanya dia sahaja yang di temui.

"Grandfather, grandmother. I promise I'll find them. And bring back our family like before. "

Teringat akan orang yang membuatkan keluarganya berpisah, dia berasa marah dan dendam. Dia tahu siapa dalang semua itu. Dan dia berjanji bahawa orang itu akan menerima balasan yang setimpal daripadanya. I'll find my parents and siblings.



------




KLCC

Zedi (P.O.V)

Aku dan Syaz berjalan- jalan untuk menenangkan fikiran.

"Let's be honest. Your idea to find Qari is totally terrible. " Syaz memandangku.

Aku menjongketkan keningku. Amboi amboi ini anak. Kemain lagi dia cakap idea aku teruk. Aku menumbuk bahu Syaz dengan kuat.

"Sakitlah syaitan! " Syaz mengadu. Adalah terselit sedikit carutan yang sesuai buatku.

"Ini makannya. " Aku mengetap bibir kegeraman.

Syaz menjelingku, "Aku jujur. "

"Tapi better daripada duduk diam tunggu Qari kembali. Am I right? " Aku menjongketkan keningku buat kali kedua.

"Fine! You win. Amik masuk kubur! "

Aku membuat muka kemenangan. Kami berhenti di depan kedai Watson.

"Aku nak masuk sini sekejap. Kau pergi lah mana- mana dulu. " Syaz terus masuk tanpa menunggu balasanku.

Aku mengeluh, " Syaz ni kalau pergi Watson, dia punya sekejap tu sempat aku jumpa sekolah baru Qari! " Aku membebel seorang diri. Okay tipu je tapi serius aku cakap kalau Syaz pergi Watson, memang lama betul.

Aku memang tak tahan. Kalau aku ikut dia masuk tadi,boleh tercyduk aku tunggu dia pilih barang. Ambil je lah semua yang dia nak. Tak perlu pilih- pilih.

Ada satu hari tu, aku hampir hempuk Syaz guna bakul Watson. Nasib baik akak cashier dekat situ sempat lari ala- ala Naruto untuk hentikan aku. Dia sendiri kata bakul tu tak kuat sangat. Lain kali ambil lah botol syampu nak hempuk. Lepastu, Syaz terus tarik aku dari akak cashier tu. Katanya akak tu macam gila. Aku pun ikut je Syaz yang ingin segera keluar dari Watson tanpa beli apa- apa.

Aku pergi ke kedai buku Popular. Aku pergi ke rak novel. Aku tak minat sangat novel cinta- cinta ni. Kebanyakannya cliche. Kalau kahwin pilihan keluarga, mesti ada orang ketiga. Kalau kahwin atas dasar cinta, mesti mertua ada menantu pilihan sendiri. Ya Allah. Banyak dah aku jumpa plot macam tu. Sampaikan kekadang aku dah dapat agak ending dia macam mana.

Aku melihat novel paling atas sekali. Aku menjengket. Cuba ingin mengambil novel itu. Aku bukannya nak baca pun. Tengok tajuk pun dah tahu cerita tu cliche teramat, 'Cinta dasar lautan'.

The heck! Author ingat cerita kitorang ni apa. Dasar lautan? Ingat ni cerita Aquaman ke apa? Dasar otak udang punya author!

Aku cuma nak ambil novel yang tinggi itu walaupun aku tahu yang aku takkan sampai. Aku ada satu sebab je nak capai novel tu. Aku nak tengok ada tak orang tolong. Biasanya dalam cerita budak sekolah macam cerita kitorang ni, kalau perempuan tak sampai nak ambil buku or anything else, akan ada lelaki yang tolong. Hehe.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now