Chapter 48

131 10 6
                                    

(Zedi P.O.V)

Okay aku tak tahu apa yang jadi sekarang ni. Semua aku call, semua mail box. Diorang berlima ni memang pakat nak palau aku berjemaah ke?

Last diorang jawab pun masa aku bagi warning pasal Danny. Lepastu semua menyepi. Diorang ni marah aku ke? Entah- entah memasing suka Danny opp! Oh my god! Boleh viral ni--

Astaga! Tidak! Jangan! Nanti tercetus pula perang dunia ke-3. Aku tak tahu nak pihakkan siapa. Mungkin pihakkan diri aku walaupun aku tak terlibat. Tapi aku takkan benarkan benda karut tu berlaku. Langkah rumah aku dulu!

Atau... Diorang semua dah kena culi-- Eh tak tak! Tidak! Lagikan menidakkan sesuatu yang memang tidak! Husnudzon, bateri memasing kong.

Aku menapak ke luar rumah. Aku masih cuba untuk call memasing. Still kena palau. Okay takpe, dah biasa...

Eh tak sekarang ni, masalahnya tadi masa aku lepak dengan Syaz, bukan main abang aku call aku. Katanya ada tetamu nak datang, jumpa kitorang berdua.

Ni dah sejam aku sampai rumah, mana tetamunya? Sesat ke? GPS kan ada, sombong sangat tak nak guna.

Sedang aku asyik call sambil membebel macam mak mertua yang jahat, beberapa orang mendekatiku. Namun aku langsung tidak perasan akan kehadiran mereka.

"Pikir topup aku ni habis semata- mata untuk dipalau ke hah? " aku menjerit ke Samsungku. Samsung yang tidak bersalah tapi itu je benda yang boleh aku jeritkan. Takkan nak jerit dekat tiang rumah pula. Nanti orang ingat aku gila.

"Excuse me-- "

"Boleh tak jangan kacau, saya tengah sibuk. Kalau ada apa- apa masalah, jangan cari saya. Masuk je dalam rumah, cari orang lain, " aku menjawab dengan pantas.

Mataku masih melihat skrin handphoneku. Jari pula menekan dengan kejam. Nak retak pun ada skrin tu aku kerjakan. Ya, aku geram! Rasa terhina bila dipalau tanpa henti. Diorang berlima pikir aku ni tunggul ke apa.

"Urm, actually-- "

"SAYA SIBUKLAH, TAK NAMPAK KE? " aku terus menoleh ke arahnya apabila dia masih ingin menggangguku.

Aku terdiam melihatnya. Seorang wanita dan dua orang lelaki di kiri dan kanannya. Wanita itu memakai dress berwarna merah. Seorang lelaki itu memakai suit berwarna putih manakala seorang lagi berwarna hitam.

Siapa ni? Nak kutip hutang ke? Nampak fancy je diorang ni.

Tapi bila aku tengok muka akak merah ni, lawa pula. Dekat mana aku nampak muka ni eh. Bukan apa, familiar... Teramat familiar.

"Urm, first of all, I'm sorry for disturbing you. But I come here for-- "

"Are you my brother's lover? " aku menyoal wanita itu terus.

Wanita itu tercengang, "W-- what? "

Dua lelaki di belakangnya sudah ketawa tetapi perlahan.

Wanita itu menoleh ke arah mereka, "Shut the fuck up! " dan mereka berdua terus diam.

Aku nampak effort dia untuk bersuara perlahan tapi maaf kak, saya masih dengar. Baik juga akak ni, tak nak mencarut depan budak macam aku. Kononnya nanti pengaruh buruk. Tapi tahukah dia bahawa seketul Zedi sudah mencarut lebih daripada apa yang dijangkakan?

Wanita itu menoleh ke arahku semula lantas tersenyum manis, "Actually akak bukannya kekasih abang. Tapi akak datang sini sebab nak jumpa abang-- "

"Oh masuklah, dia ada dekat ruang tamu. Tercongok tunggu tetamu yang ditunggu- tunggu tapi masih tak sampai. Entah bila nak sampai tetamunya, dah sejam menunggu. Paling tak pandai setting masa, " aku bersuara selamba lantas melihat semula Samsungku. Aku meneruskan perjuanganku walaupun hasilnya tetap sama. Ya, still dipalau.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now