Chapter 16

323 45 170
                                    

Qari (P.O.V)

Alhamdulillah, Qari kembali semua! Setelah tiga bab aku tak diwujudkan, kurang ajar punya author! Aku kembali dengan pov aku sendiri.

Aku berjalan ke sekolah. Sekarang pukul 7.40 pagi.Pembelajaran Diamond High bermula pada pukul 8 pagi. Halah, asrama tingkatan lima sebelah kanan sekolah saja. Sekangkang monyet saja jaraknya.

Kalau malas nak jalan, boleh saja panjat tembok asrama lepastu lompat ke sebarang. Maksud aku, bila aku lompat, terus masuk kawasan sekolah.

Tapi tu lah! Aku selalu buat kerja pelik macam tu dengan ZIQHAS saja. Atau lebih tepat, dengan Zedi, Izla dan Hara saja. Tiga ketul tu je nak buat. Kitorang selalu buat dekat Gold High. Kekadang kitorang berempat adalah ternampak budak lelaki buang hajat dalam tandas.

Aip! Bukan salah kitorang. Siapa suruh tandas betul- betul sebelah tembok. Kitorang kalau boleh tak nak lah tengok tapi dah rezeki. Tengok je lah. Ehh tak lah! Aku gurau je. Mahunya kena belasah dengan Syaz dan Aisy. Walaupun aku, Zedi dengan Izla lagi tua berapa bulan dari Aisy, percayalah yang Aisy tu lagi matang dari kitorang.

Mari sini aku bagi turutan umur kitorang. Sebelum ni, walaupun diorang berlima lagi banyak dapat pov dari aku, mesti diorang langsung tak bagitahu korang urutan umur kan?

Aku dah agak! Diorang tu bukannya berguna pun! Haha!

Okay lah. Yang paling tua, Syaz si matang. Dia lahir 9 Januari. Jadi, tak hairanlah kalau Syaz ni bagaikan mak angkat tak berbayar kitorang dari dulu sampai sekarang.Tapi aku dah keluar dari ZIQHAS, jadi mak tak berbayar diorang berempat saja lah. Hmm.

Yang kedua, Zedi si sewel, mesti korang tak percaya dia tu lagi tua dari kitorang berempat kan? Tapi tu lah hakikatnya. Zedi lahir pada 9 April. Tarikh sama dengan Syaz, cuma bulan je lain.

Ketiga pula aku si cantik, ehh gurau je haha! Aku lahir pada 3 Jun. Macam sifir tiga kan? Apa- apa pun, tolong wish ye anak- anak! Ingat tarikh lahir aku sampai bila- bila.

Keempat pula Izla. Si hantu k-drama. Dia ni lahir pada 13 Ogos. Kau ingat tarikh Malaysia merdeka, lepastu, kau terbalikkan tarikh 31 tu. Tapi tak perlu ingat pun tak apa. Ingat tarikh lahir aku saja. Muahahaha. Gurau je.

Kelima pula, Aisy. Si comel. Kot. Aku tak nak lah puji sangat sebab benda bukan betul pun. Haha! Aisy lahir pada 16 Oktober. Ingat ye!

Akhir sekali, Hara si mulut laser, lahir pada 31 Oktober. Bulan yang sama dengan Aisy tapi perangai yang terlalu beza.

Okay, cukup sampai di sini saja. Tiba- tiba aku rasa author ni saja tulis tentang umur kitorang supaya chapter kali ni nampak panjang. Aku rasa author dah kering idea. Mungkin sebab setiap hari update.

Astaga! Husnudzon Qari!

Punya lah cakap pasal umur, aku dah sampai depan sekolah. Aku pun terus pergi ke bangunan sekolah aku. Tingkat tiga. Sama macam di Gold High dahulu.

Tengah aku jalan, aku ada dengar pelajar- pelajar sekeliling cakap pasal aku.

"Dia ni ke Qari yang Princes cari? "

"Ye tho! Lepastu Princes mengamuk sebab tak jumpa dia. "

Aku terdiam. Apahal Princes cari aku? Aku tak kenal langsung diorang. Aku pun tak ada buat masalah dekat diorang. Tengah aku fikir, tiba- tiba aku terlanggar seseorang.

Aku pun mendongak. Aku mengerutkan dahi. Kenapa Divers ni pandang tajam dekat aku? Aku tak buat apa- apa pun. Setakat kena langgar pun tak payah lah nak berdrama. Cliche sangatlah.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now