Chapter 3

641 74 59
                                    

Teacher Irene termenung di mejanya.
"Betul ke apa yang aku buat ni, "

Teacher Irene mengambil bingkai gambar ZIQHAS yang berada di atas pentas sambil tersenyum. Nampak macam bidadari je masing- masing. Dah kenal, hmm. Keluar perangai syaitan.

"What should I do, " Teacher Irene mengeluh lalu dia pun meletakkan bingkai gambar itu ke tempatnya semula.

******

Zedi melontarkan uno card nya dengan yakin. Yakin dengan kekalahan 4 kali berturut- turut yang hanya buat dirinya dari tadi.

Hara dan Izla sudah gelak terbahak- habak. Aisy pula merakam kekalahan Zedi sebanyak 4 kali berturut- turut itu. Ini lah masanya untuk dia perjadal Zedi setelah bertahun- tahun memendam rasa. Ecewah. Terus jadi sasterawan bila dapat perdajal Zedi.

Syaz tersenyum setelah mendapat kemenangan yang besar.

"Nasib baik aku second last . Dapat jugalah jaga maruah dari dipijak, " Qari memberi pandangan mengejek terhadap Zedi.

"Berani eh kau, " Zedi merenung Qari sedalam- dalam yang boleh.

Akhirnya, Zedi telah jatuh cinta terhadap Qari dan dia menjadi lesbian.

The end-- Okay okay gurau gurau.

Zedi merenung Qari dengan tajam.

"Aku tak practice malam tadi. Sebab tu korang senang nak menang, " Zedi masih lagi mahu menafikan kekalahannya.

"Aku tak practice pon malam semalam, " balas Qari sengaja.

"Halamak! Second last buat je lah cara second last. Jangan acah juara. Kalau kau malu, tak apa, aku ada ni. Tengok! Relax je dapat last, " Zedi menunjukkan muka bangganya.

Syaz menggelengkan kepalanya perlahan, "Tak payah practice. Guna otak je boleh. "

Zedi tercengang manakala mereka yang lain sudah ketawa macam esok hari terakhir hidup.

"Sampai hati kau cakap macam tu dekat aku, " Zedi memegang dadanya.

"Tapi Zedi... " Aisy memanggil.

"Ya? " Zedi memandang Aisy penuh pengharapan. Mana tahu Aisy je yang masih ada hati. Ceh! Kau tak perasan Aisy dah rakam kekalahan kau tadi.

"Syaz cakap main uno ni kena guna otak. Aku mula- mula pelik. Macam mana kau kalah. Sekarang baru aku dapat tahu kenapa, " Aisy tersengih jahat.

Zedi tak sedap hati melihat sengihan jahat Aisy. Namun, dia tetap ingin tahu kenapa dia kalau secara berturut- turut. Mana tahu, ada orang main tipu ke. Atau diorang semua sepakat nak kalahkan dia diam- diam.

Zedi mengeluh. Ya, dia tahu kekadang dia ni bodoh tahap tak boleh bawak bincang setable dah. Tahu dah. Tak payah cakap.

"Sebab game ni main guna otak. Kau kan tak ada otak. Tu yang tak betul 24 jam. "Aisy memakai cermin mata hitam yang entah dari mana kewujudannya. 

"Woo-hoo! "Izla menyokong kuat.

"Go girl! You can do it! " Hara juga menyokong Aisy.

" Lain kali suruh mak kau ajar main uno, " tanpa Qara sedar, dia sudah melukakan hati Zedi.

Yelah, cuba korang bagitau aku, siapa yang tak ambil hati bila arwah maknya dipetik untuk dibuat jenaka. Kalau ada, bagi alamat, biar aku culik mak kau. Dasar anak tidak untung!

Syaz membulat matanya apabila mendengar bicara Qari. Mereka berempat masih lagi ketawa. Syaz perlahan- lahan menoleh ke arah Zedi.

Sekali lagi mata Syaz terbuntang. Dia terus bangun menahan Zedi. Mana taknya, Zedi nak hempuk kepala Qari guna dulang.

Mana tah dia dapat dulang tu. Dah lah besi. Benjol kepala budak tu nanti kena hempuk. Cukuplah Qari tu dah sedia bodoh. Kang dihempuk, makin bodoh pula.

"TAK GUNA KAU KARI AYAM! BERANI KAU MAIN MAK MAK! SINI LAH FIGHT! " Zedi menjerit.

"Hey kejap! Jangan nak membunuh dekat sini! " Syaz masih menahan Zedi.

Qari pula dah berlari ke belakang Syaz. Risau kepala dia benjol.

Kalau lari ke Izla dengan Hara, diorang akan korbankan dia bila Zedi dah dekat. Takut kena hempuk sekali lah tu.

Kalau Aisy pula, kang menangis member sorang ni. Memang takde harapan nak selamat. Dah lah cengeng walaupun perangai dia sebenarnya tak macam tu. Hashtag AisyFakiey.

Jadi, Syaz jelah harapan Qari sekarang ni.

Zedi melempar dulang itu ketepi lalu dia merentap tangan Syaz yang memegangnya. Dia menunjuk Qari menggunakan jari telunjuknya.

Syaz menepis jari Zedi, "Eh tak baik tunjuk guna jari ni! Nak jari tu hilang ke? "

Zedi terus menukar jarinya. Dia menunjuk Qari menggunakan ibu jarinya pula.

"Nampak noob siak kau, guna ibu jari, " Izla dari tepi mengutuk.

Zedi terus memandangnya, "Habis tu kau nak aku tunjuk guna apa?! "

"Guna kepala Zedi! Macam ni! " Hara sengetkan kepalanya ke arah Qari lalu dia pun menonjolkan sedikit kepalanya berulang kali.

Kami berlima memandangnya. Astaga kawan siapa ni? Siapa kutip dia ni?

"Eh sudah sudah! Dah malam ni. Pergi tidur, esok sekolah! " Syaz memberi arahan.

"Halah cuti-- "

"Kau nampak kaki aku ni? Aku rodok ke mulut kau, betul- betul cuti kau dapat dari aku, " Syaz menaikkan kakinya ke muka Qari.

Qari tersengih.

"Homework dah siap? " Syaz memandang kami semua.

Aisy mengangguk. Kami berempat hanya mendiamkan diri. Buat- buat tak dengar.

Syaz mengeluh, "Aku tahu korang berempat tak buat. Saje tanya. Mana tahu korang terbuat, bolehlah aku yassin kan sekali, "

Auch!

Dia punya perli tu, pakcik guard sekolah pun sentap. Tahulah kitorang ni pemalas, takkan sampai nak bacakan yassin kut.

"Macam mana kalau kitorang berubah jadi rajin? Takkan kau bacakan yassin juga? " Zedi menyoal.

Syaz tersenyum, "Of course lah. Bila korang rajin, benda pertama aku akan buat adalah baca yassin kuat- kuat sebelah korang. Kalau korang melawan, aku ikat korang. Mana tahu kena rasuk ke... Tu yang rajin semacam, "

"Aku tak pernah dengar budak kena rasuk jadi rajin, " Qari kehairanan.

Syaz ketawa, "Korang tahu sebab apa? Sebab syaitan keliling korang pun pening. Antara diorang dengan korang, mana satu syaitannya. Yelah, semua pemalas! "

Syaz terus naik ke biliknya, meninggalkan kami yang terlopong mendengar kata- katanya.

"GURL DO YOU HAVE TO HURT OUR FEELING LIKE THAT? " Zedi menjerit. Terpaling dramatik.

Syaz tidak membalas. Mungkin dah masuk bilik.

Zedi, Hara dan Izla pun berjalan ke bilik mereka. Hanya Qari yang menolong Aisy mengemas kad uno mereka.

"Qari, " Aisy memanggil tanpa memandang.

"Yes? " Qari memandangnya.

"Esok minta maaf dekat Zedi ye, "

Qari bingung, "Huh? "

"Tadikan kau mention mak dia so esok minta maaflah, "

"Tapi Zedi tak marah pun-- "

"Memanglah, dia nampak macam nak bergurau kan? Tapi siapa je tak terasa bila orang lain mainkan mak? Especially bila mak Zedi dah takde, " Aisy memintas Qari.

Qari mengangguk, "Okay, esok aku minta maaf, "

Aisy tersenyum. Mereka berdua bangun setelah semua card di kemas. Aisy sempat memadam kesemua lampu, tak nak lah membazir. Membazir tu kan amalan Zedi-- maksud dia syaitan.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now