Chapter 60

128 10 4
                                    

"Kenapa abang serang diorang! " Merida menjerit dengan lantang. Anak- anak yang memerhati diabaikan.

Daeho hanya mendiamkan diri.

Merida marah lantas dia mengambil kayu besbol lalu badan suaminya dipukul dengan kuat tanpa henti. Dia marah, dia kesal, dia menyesal. Kalau lah dia dengar cakap kakak, semua ni takkan jadi.

Daeho pula hanya membiarkan dirinya dipukul. Biarlah isterinya lepaskan dendam dekat dirinya. Janji isterinya takkan cederakan anak- anak mereka.

Irene pula hanya memerhati dari tepi. Dia tidak boleh masuk campur. Mamanya sangat marah. Adik- adiknya dipeluk erat. Risau jika mama hilang akal dan cuba menyakiti adik- adiknya, dia boleh lindung mereka.

Itulah arahan papa semasa mereka pulang ke Korea. Papa tak mahu Danny dan Bunny menjadi mangsa mama.

Bunny dan Danny menangis melihat papa dipukul. Mama pula semakin gila.

"Kenapa?! Abang tak pikir ke perasaan anak- anak diorang?! Macam mana dengan Aurora dan Marcello?! Abang sendiri cakap dengan saya yang abang sayang Aurora! Aurora tu satu- satunya adik yang abang ada! Tapi kenapa abang bunuh dia! Baru 2 tahun lepas abang jumpa dia dekat Itali! Abang peluk dia, usap kepala dia, cium kepala dia, abang dengar dia mengadu! Abang dengar semua cerita dia walaupun abang tak suka ambil tahu pasal hidup orang lain! Abang tahu dia suka mengumpat jadi abang layankan je karenah dia! Mana perasaan sayang abang dekat dia! " Merida menjerit sambil menangis.

Irene tidak betah melihat papa dipukul, "Mama! Irene yang bunuh Auntie Aurora, "

Memang dia dan Aurora tak pernah bersua. Tapi dia selalu dengar pasal Aurora dari Daeho, papanya. Daeho sangat menyayangi Aurora. Mamanya, Merida juga akan bercerita tentang Aurora jika Irene minta. Dalam cerita, mama dan papanya selalu memanggil Aurora sebagai auntie. Jadi automatik dia panggil Aurora itu 'Auntie Aurora'.

Merida terus memandang Irene, "You kill her? "

Irene meneguk liur. Mama nampak tak terurus. This is not my mom...

Merida terus menghayun kayu itu ke Irene. Danny dan Bunny menjerit ketakutan. Irene terus melindungi mereka berdua.

Bak!

Irene memandang ke depan apabila dia tak rasa apa- apa. Irene terkedu memandang papanya yang berada di depan mereka bertiga. Papa melindungi dia tiga beradik daripada mama.

"Merida, my wife... Rin tak bersalah. Abang yang kawal dia. Abang arahkan dia bunuh semua orang dekat sana. Abang tak sangka yang Aurora masih di sana, abang pikir dia akan larikan dengan anak dia. Rin cuma ikut arahan abang. Abang yang tembak Aurora, " Daeho bersuara lembut walaupun mulutnya sudah kelusr darah.

Merida menangis, "Why? Abang tak terpikir ke semua ni sebelum serang diorang? Apa yang abang benci sangat dengan Alessio? Sebab diorang tak terima abang ke? "

Daeho tersenyum tawar, "I'm sorry, my queen. I know you hate me. But please, don't hate our children. They are innocent. Even Irene, "

Daeho tak boleh bagitahu sebab sebenar. Kalau lah isterinya tahu yang dia pernah cintakan Meliya, mesti isterinya akan sedih. Tapi itu dulu, sekarang dia dah cintakan isterinya. Dia cintakan Merida, bukan Meliya.

Merida meletakkan kayu besbol itu. Dia terus pergi ke biliknya, meninggalkan suami dan anak- anaknya.

Daeho terus jatuh terduduk.

"Papa! " Bunny dan Danny terus berlari ke arahnya dan memeluknya.

Daeho memandang Irene yang hanya berdiri lalu dia pun tersenyum, "Rin come here, "

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now