Chapter 37

225 19 9
                                    

Kami berjalan masuk ke pintu mall bersama. Izla, Syaz, Aisy dan Qari menutup muka kami apabila semua orang sekeliling melihat kami.

"Ini semua salah dua monyet tu, apahal diorang terkinja- kinja tho?! " Izla terus berjalan laju meninggalkan mereka yang lain menanggung malu.

"Zedi! Hara! Sudah- sudah lah tu, apa yang happy sangat sampai dah tak ada sifat malu ni? " Qari nampak bingung.

"MANA TAK HAPPY WEY! DISEBABKAN CADANGAN BERNAS AKU, AKU DAH SATUKAN DIORANG BERDUA! " Zedi menjerit riang.

Hara menggoncang bahu Qari, "Aku yang tengok dengan mata aku sendiri pun tumpang happy tau! " Hara melepaskan Qari lalu dia dan Zedi pun melompat gembira.

Qari terhuyung- hayang disebabkan digoncang oleh Hara. Semakin ramai yang melihat kami atau senang nak paham, semakin ramai lihat Zedi dan Hara.

Ada yang cuba nak telefon polis untuk buat report tapi nasib baik Syaz sempat tahan. Syaz hanya bagitahu yang Zedi dan Hara tu budak istimewa, bukan salah kitorang ye.

"Guys-- "

"Yey yey yeah! " Zedi dan Hara tetap melompat riang.

"Guys diam! Aku ada benda nak dicakapkan-- "

"Wowowowoooo~~ " Zedi dan Hara tetap melompat, menghiraukan Syaz.

"ZEDI AND HARA SHUT THE FUCK UP! Aku just nak bagitahu yang bulan depan, sekolah kita akan adakan pertandingan menyanyi, "

Zedi dan Hara terdiam secara tiba- tiba. Qari pula terkaku. Mereka bertiga memandang sesama sendiri, mungkin tidak percaya dengan apa yang Syaz cakapkan.

Aisy memandang Syaz di sebelahnya, "You're very smart lah Syaz, always know the way to make them silent-- "

"WAAAA WOWOWOW OYEAH! "

Terkejut Aisy dan Syaz apabila mendengar jeritan yang lebih nyaring daripada tadi. Mereka berdua memandang ke depan.

Membulat mata mereka berdua apabila melihat Zedi, Hara dan Qari berpelukan dengan wajah yang gembira. Haduh, Qari dah berjangkit dengan diorang pula.

Syaz menepuk dahinya lalu dia pun menepuk bahu Aisy perlahan, " Aku serahkan semuanya dekat kau, "

Syaz berlalu pergi. Aisy pula terkebil- kebil lalu dia pun mengeluh.

"But we're not participate no matter what happen, "

Mereka bertiga terdiam apabila mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Aisy. Mereka memandang Aisy dengan slow- motion.

Aisy melemparkan senyuman manisnya, "Untuk mengelakkan sejarah berlaku, kita takkan sertai ya. Itu sahaja, "

Aisy pun berlalu pergi. Zedi terkebil- kebil manakala Hara menyentuh dadanya, menunjukkan bahawa dia tersakiti. Qari pula hanya terdiam.

Selepas seminit berdrama, Zedi dan Hara kembali berdiri seperti biasa. Mereka terkejut apabila melihat Qari masih terdiam.

Qari kembali sedar ke alam dunia nyata apabila dia rasa ditinggalkan. Qari melihat sekelilingnya.

"Mana Zedi dengan Hara? " Qari terus memandang ke hadapan. Kelihatan Zedi dan Hara berjalan meninggalkannya. Begitu juga dengan Syaz, Izla dan Aisy yang sudah menunggu di dalam bangunan.

"Hey! " Qari pun berlari mendekati mereka.

------

Kami berenam gelak ketawa bersama. KFC menjadi pilihan kami berenam.

"Serious tho! Apa yang aku cakap semuanya-- "

Bam!

Hara terdiam apabila Qari menepuk meja dengan kuat. Bergegar meja kami dibuatnya, hampir nak jatuh makanan Aisy.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now