CRACKHEAD (ii)

768 72 182
                                    

Hara (P.O.V)

"Haluu cemua--"

"Aku rasa budak pelat ni berlakon jadi Hara! Zedi and Izla pergi bantai budak tu. Paksa dia bagitau kat mana dia sorokkan Hara!" author menunjuk ke arahku.

Terbuntang mataku mendengar arahan author? Bantai? Ohh no! A big no!

"Menurut perintah! " Zedi dan Izla bergegas menuju ke Hara. Hehe peluang jangan dilepaskan.

"Syaz pergi call mak bapak Hara. Suruh diorang sediakan kain kafan, van jenazah and lubang kubur untuk Hara."

Sekali lagi mataku terbuntang namun lebih besar dari sebelumnya. Ini author memang--

"Last, Aisy and Qari pergi cari Hara dulu sementara Zedi dengan Izla buat kerja diorang. Ataupun buat announcement dekat pejabat sekolah. Pastikan volume paling kuat. Minta satu sekolah carikan Hara! Cepat! Cepat! Jangan lambat- lambat! " author sempat bertukar menjadi Sajat 2.0 . Sekejap je dia bertukar. Lepastu jadi normal balik.

Kali ni aku punya mata terbuntang sampai terkeluar biji mata aku. Okay itu tipu. Bukannya terkejut dengar author nyanyi part Sajat. Dah biasa dengar. Author kan peminat Sajat. Benda dah biasa.

Aku cuma terkejut sebab sampai kena buat announcement. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Aku perlu hentikannya sebelum terlambat.

Astaga. Nerdnya ayat aku.

"Hei author! Ini akulah! Hara! Kau dah kenapa author? "aku menjerit lantang.

"Lah! Kau rupanya. Aku ingatkan budak pelat mana tadi masuk cerita aku yang gempak ni. " author mula memuji cerita dia yang mengarut ni.

"Aku baru je nak belasah! " Zedi merungut. Izla menyokong.

"Kepala hotak kau! " aku memandang geram terhadap Zedi dan Izla.

"Lain kali, jangan pelat, jatuh rating cerita aku ni! " author memandangku seperti aku baru sahaja menghancurkan hubungannya. Ehh author kan tak laku. Mana ada pakwe. Hahaha!

"Fine. " aku terus memandang Syaz.

"What? " Syaz menjongketkan keningnya. Lawa tho keningnya . Memang tak dinafikan yang Syaz ni ahli ZIQHAS paling cantik. Matang pula tu. Kekadang aku pelik, macam mana dia boleh tahan dengan perangai bangang kitorang. 

"Kau nak call mummy daddy aku ye? Cakap kat diorang yang aku nak tidur rumah diorang harini. Aku tak nak tidur kat rumah kita! Aku nak mogok satu hari ni! " aku memeluk tubuh.

"Call sendiri. Aku bukan kuli kau! " Syaz membalas mendatar.

" Tak guna kau, Syaz! " aku menjeling Syaz.

"Atototo. Adik bongsu titew nawk tiduw umawh mawk ayawh diew lawh. " Izla memeluk bahuku dengan bangga. Mungkin bangga sebab baru je guna bahasa keturunan wechat nya.

Aku memandang jijik terhadap Izla. Cair taik telinga aku dengar bahasa dia.

Aku menolak Izla, "Stay away from me! "

"Nak ngadu dekat mummy daddy dia lah tu. Alooo tomelnyaaaa. " Aisy mencubit kedua pipiku dengan geram.

"Sakitlah tak guna! "jeritku.

"Enough! " author menjerit. Terkejut kitorang berenam.

"Teruskan Hara. Aku sebenarnya malas nak hadap muka korang lama- lama. " author menyilangkan kakinya. Zedi tadi ada cakap tak yang author duduk atas kerusi. Tak ada ehh? Memang tak berguna Zedi tu. Kitorang je duduk kat lantai mozek. Maklumlah, taraf kitorang kan bawah author. Taraf yang dipandang hina oleh author sendiri.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now