Chapter 50

136 11 2
                                    

Miranda terdiam mendengar. Dia mengetap bibir.

"I'm sorry, " dia bersuara perlahan.

Miranda memeluk Zedi dan Naim dengan erat, "Start from now, I'll protect both of you, "

Zedi masih lagi menangis, terkenangkan peristiwa pahit.

"No one gonna lay their hands on you, both of you... " Miranda menangis.

Naim menepuk bahu kakaknya perlahan.

Grandpa dan Helmi di atas tersenyum melihat tiga beradik itu. Helmi menangkap beberapa gambar tiga beradik itu. Nak buat kenangan.

"Nampaknya mereka dah bertemu semula, " grandpa lega melihat cucu- cucunya.

Helmi tersenyum, "Plan kita berdua gagal. Kononnya nak takutkan Miranda yang saya boleh nampak future dan salah seorang daripada orangnya pengkhianat, "

Grandpa ketawa besar mendengarnya, "Kalau dia percaya, memang tak boleh jadi ketua mafia lah jawabnya. Plan mengarut sangat tu, "

Helmi ketawa, "Saya harap, semua ini akan kekal. Kebahagiaan yang diidami oleh Tuan Leviez dan Puan Meliya. Mesti mereka berdua bahagia di atas sana, "

"Tuan, Miranda akan berjumpa dengan Lutfi harini juga, kan? Dan dia pun dah tahu hal sebenar, kan? " Helmi memandang grandpa.

Grandpa mengangguk, "Sejak dia berpisah dengan keluarganya, dia dah tahu. Pada mulanya dia tak percaya tapi akhirnya, dia terima kenyataan. Tapi kau tengoklah apa yang jadi dekat bawah. Walau macam mana jadi sekalipun, Zedi tetap adik Miranda, "

Helmi tersenyum mendengarnya.

"Romanov, Carina... "

Helmi terdiam mendengar nama yang disebut tuannya itu. Ya, itulah besan tuannya. Grandfather dan grandmother mereka bertiga di bawah itu.

Tuan Romanov dan Puan Carina juga tewas selepas beberapa tahun peristiwa hitam itu berlaku. Mereka diracun semasa perjumpaan ketua- ketua mafia dunia. Ketika itu, Miranda sudah di usia remaja. Selepas kejadian itu, Miranda lah yang mewakilkan kumpulan Alessio jika ada pertemuan rasmi mafia.

Jadi, tidak hairanlah jika dia seorang yang berjiwa kuat. Kadangkala, grandpa juga datang melawatnya seorang diri dan membantunya untuk terus berkembang di dunia gelap ini.

Semuanya untuk meneruskan perjuangan keluarga mereka. Dia tahu, silap untuk melibatkan cucunya di dunia gelap itu. Akan tetapi, musuh masih berkeliaran bebas di luar. Mungkin, musuh sedang merencanakan sesuatu.

Dia sudah tua, tidak mampu bertarung. Sebab itulah, Miranda satu- satunya harapan. Miranda juga pernah beritahu dia yang gadis itu bertekad untuk membalas dendam kematian atuk dan neneknya.

Ya, Mr.Kim juga dalang ke atas kematian Romanov dan Carina. Mungkin dendamnya lebih kuat lepas dapat tahu tentang kematian ibu bapanya.

"The war gonna start soon, " grandpa bersuara.

Helmi tersenyum tawar. Dia tahu... walaupun ketuanya nampak tenang di luar, di hatinya, dia sangat gusar. Hati tuanya itu risau akan keselamatan cucu- cucunya.

"Jangan risau, tuan. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Kita akan menang, " Helmi cuba untuk menenangkan hati ketuanya.

"Ya, saya yakin kita dapat tumpaskan lelaki tak guna tu, " sekali lagi Helmi cuba menenangkan tuannya.

"Marcello, Aurora... " grandpa menyebut nama dua orang itu.

Uncle Helmi terkejut lantas memandang tiga beradik di bawah itu.

"Aku akan jaga anak korang. Jangan risau, tenanglah disana, " grandpa tersenyum tawar.

Uncle Helmi mendiamkan diri. Grandpa terus berjalan menuju ke biliknya, diikuti Helmi.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now