Chapter 24

249 28 6
                                    

(Zedi P.O.V)

Aku memandang geram terhadap Riss. Kalau korang dah lupa Riss ni siapa, mari aku ingatkan! Riss ni kawan Mika, orang yang selamatkan Qari daripada kena buli dengan Princes!

Ingat? Riss ni sebenarnya ketua disiplin sekolah. Aku rasa korang tahu tapi saja nak ingatkan. Yelah, takut korang lupa. Update story pun dua minggu sekali. Ehem ehem!

"Why you look at me like that? " Riss menyoal ku dengan sengaja.

Aku tahu yang dia nak buat aku panas!

Aku menghulur tangan kananku ke hadapannya.

"What? " Riss menyoal.

"Ishh, give me my phone back! " Aku meminta dengan keadaan marah. Medina, Sally dan Rabby terkejut.

"Hey Zedi! Don't talk like that to Riss or-- "

"Or what? " Aku memotong ayat Medina dengan pantas.

"Or you'll regret it. " seorang lelaki berambut brown menjawab dengan bersahaja. Kata- katanya disokong oleh semua penghuni di bilik itu kecuali Aisy, Hara, Izla dan Riss. Aku apatah lagi!

Dalam bilik ni, boleh dikatakan ada 15 orang. Aku, Aisy, Hara, Izla, Riss, Medina, Sally, Rabby dan selebihnya semua badboy di sekolah yang buat masalah pada hari ini.

"Ngeh! Macam aku takut! " Aku membalas tanpa nada lalu aku pun terus berdiri berhadapan dengan Riss.

Kalau korang masih tak paham, kitorang dalam Detention room! Dalam bilik maut ni, ada 30 buah meja dan kerusi yang kemas dan cantik! Okay, I have to admit that Riss is the one who always clean up this room!

Tak tanya orang pun dah tahu yang dia selalu kemas bilik ni. Siapa yang berani nak masuk bilik maut ni? Siapa yang rajin nak menyumbang tenaga untuk membersihkan bilik maut ni? Cuba cakap dengan aku!

Ataupun budak- budak yang kena denda duduk bilik disiplin ni, ada denda lagi! Denda nya kena bersihkan bilik maut ni! Dalam diam, Riss dah gunakan semua pelajar yang bermasalah! Hoho, bijak!

"Bagi balik phone aku! " Aku memberi pandangan tajam terhadap Riss.

"Kalau tak nak? " Riss bersahaja menjawab. Membalas kembali perbuatan ku tadi.

Aku mengetap gigi. Ini anak memang mencabar kesabaran luaran dan dalamanku! Panas hati makcik!

"Kalau kau tak nak, aku belasah kau SE-KA-RANG JUGA! " Aku menjerit dengan kuat.

Riss menutup telinganya.

"Kau ingat kau bagus sangat ke hah?Setakat ketua disiplin, heh! Guna lutut pun boleh settle lah! " Izla mengejek Riss sambil membuat muka menyampah.

Hara menggendang mejanya dengan kuat berkali- kali tanpa henti. Bunyi bisisng memenuhi bilik maut ini.

Aku tersenyum manakala Aisy menggelengkan kepalanya. Mungkin pening dengan situasi ini.

Riss membuat muka berang dengan kami bertiga, tidak termasuk Aisy ye.

"Kau ingat ni jail ke apa? Sampai nak kena ikat jamin bagai! " Aku membuat muka menyampah dengannya.

"Well, itu memang peraturan Diamond High. Kalau you berempat nak tahu-- "

"TAK NAK! " Kami berempat membalas dengan kuat termasuklah Aisy. Mungkin sebab dia pun dah tak tahan kena duduk lama dekat sini.

"Kalau you berempat tak nak tahu sekalipun, I tetap nak bagitahu! Sesiapa yang buat masalah akan kena tangkap dengan I and then they have to stay in this sweet room! If they want to get free, someone have to come here and help. " Riss memberikan senyuman yang manis.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now