Chapter 26

233 24 0
                                    

(Syaz P.O.V)

Aku memandang Aisy yang dari tadi diam saja. Dari semalam, balik saja sekolah dia terus masuk dorm. Kitorang pelik dengan dia. Walaupun aku sama dorm dengan dia, dia tak nak berbual dengan aku.

Dalam kelas pun sama, dia diam saja. Aku melihat Leha disebelahnya. Leha cuba untuk berbual tapi aku nampak yang suasana memang awkward.

Aku terus memandang buku di atas meja. Latihan addmath yang baru diberi tadi aku cuba siapkan. Aku tak jamin boleh siap kalau buat dekat dorm. Nanti ada banyak dugaan syaitan jadian. Dah lah tiga- tiga syaitan jadian tu tak cukup kasih sayang.

"Syaz, " rakan sekelas ku memanggil.

"Ya saya? " aku memandangnya.

"Urm, you sibuk ke? " dia menyoal dengan takut.

Aku pelik. Apehal pula takut- takut ni? Aku bukannya nak pukul pun, "Tak ada lah sibuk sangat. Kenapa ya? "

Pergh, kalau yang tiga ketul tu nampak aku cakap lembut macam ni, 7 keturunan di cerita. Pelik kan? Cakap lembut je, sampai 7 keturunan tapi itulah hakikatnya, ZIQHAS memang begitu ye anak- anak.

"Urm, I nak tanya you sesuatu, boleh? " Dia memandangaku.

"Yeah, go on, "

Dia terus duduk di hadapan mejaku menggunakan kerusinya. Terkejut aku, nampak tak kegigihan dia untuk cuba berbual dengan aku? Aku tak riak, cuma aku terkejutlah. Dia sanggup tarik kerusi dia ke tempat duduk aku. Bagi aku, dia boleh je guna kerusi orang lain yang penggunanya tak ada.

Kalau dalam ZIQHAS lah, langsung tak ada yang gigih macam budak depan aku ni. Ehh aku yang gigih macam dia.

Kalau Aisy, kemungkinan dalam 30% dia akan tarik kerusi dia macam budak depan aku ni. Biasalah, Aisy tu noob sikit.

Kalau Izla pula, dia sanggup berdiri semata- mata malas nak tarik kerusi. Kononnya exercise berdiri untuk kurus. Jadah dia lah exercise untuk kurus. Cakap jelah kau malas nak ambil kerusi. Aku rasa dia tu macam tak boleh pikir, kau berdiri sejam lagi penat berbanding kau tarik kerusi dua minit.

Kalau Hara pula, dengan tak malunya minta nak duduk dekat kerusi orang . Kalau semua kerusi berdekatan ada orang, dia akan cuba sedaya upaya untuk cari kerusi untuk diduduk. Dan yang paling penting, bukan kerusi dia. Katanya, kerusi dia tu untuk 'cop' tempat duduknya. Aku pelik betul dengan dia tu, dah memang tempat duduk kau dalam kelas, tak ada siapa nak rampas lah.

Kalau Zedi pula, haih. Sama macam Hara, dia memang takkan guna kerusi dia walau apa jua berlaku. Dia sanggup minta orang punya kerusi ataupun share kerusi yang sama dengan aku. Aku pernahlah tanya dekat dia, kenapa tak nak guna je kerusi dia, tarik ke tempat aku. Dia punya jawapan, 'nanti habis tenaga aku tarik kerusi je'. Aku agak terkejut lepastu aku suruh lah dia angkat, dia boleh balas 'penat nak angkat. Nanti tak ada semangat nak bergossip'. Aku macam nak hempuk je.

Dan kalau Qari pula, dia punya pemalas nak guna kerusi sendiri, sampai dia sanggup tarik kerusi cikgu untuk dia duduk. Dia akan cuba elakkan guna kerusi sendiri. Aku agak tak paham, apa masalah empat ketul tu. Pemalas tahap gaban betul.

Kalau akulah kan, terus je tarik kerusi aku nak duduk. Malas nak buang masa cari kerusi kosong. Kalau aku, kalau diorang, hmm. Payah lah terangkan benda yang complicated.

"Urm Syaz? Ooo Syaz, " rakan ku memanggil.

"Haa ye ye? Sorry sorry, awak nak tanya saya apa ye? " aku mengetap bibir. Disebabkan nak terangkan pasal perangai 5 ketul tu, aku boleh termenung pula. Haduh!

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now