Chapter 35

237 18 18
                                    

(Hara P.O.V)

2 bulan kemudian,

Aku berjalan menuju ke 5 Kasturi berseorangan. Sejak masuk Diamond High ni, ZIQHAS dah jarang nak rehat sama- sama. Diorang suka duduk dekat kelas. Semua malas nak keluar.

Yang rajin cuma Zedi jelah. Yelah, bab makan, aku dengan Zedi bersemangat teramat. Perempuan guys, korang mana tahu. Tapi tulah, diorang berempat pun perempuan.

Hmm, musykil aku dibuatnya. Aku rasa, aku kena ajak Zedi siasat gender sebenar diorang berempat. Hahaha, gurau saja.

Belum sempat aku nak ketuk, pintu kelas 5 Kasturi dibuka dari dalam. Muncullah seketul Zedi. Zedi menutup pintu kembali lalu dia pun memandangku.

"Kau ingat ni drama melayu ke? Baru nak ketuk je dah terbuka pintu and orang yang nak dijumpa tulah yang buka! " Aku memberi pandangan jengkel terhadapnya.

Zedi terkebil- kebil seketika lalu dia pun menyekeh kepalaku, "KEPALA HOTAK KAU DRAMA MELAYU! "

Aku mengaduh, apa salahku. Mengapa gadis cantik sepertiku selalu diperlakukan begini? Huhu, menyendu sekejap.

"Jom lah, " Zedi pun melepaskan ku. Kami berjalan bersama menuju ke kafeteria.

"Dah 2 bulan berlalu, dah 2 bulan kita jadi pelajar Diamond High, dah sebulan setengah Qari kembali, dah sebulan Syaz dan Riss dedahkan relationship diorang dekat semua pelajar, yang paling aku terkejut tu, semua suka bila dapat tahu diorang tu couple, " Zedi ketawa kecil.

Aku mengangguk sambil tersenyum. Yeah! Satu sekolah memang ship Syaz dengan Riss.

"Tapi bila dapat tahu Syaz dengan Riss couple, satu benda aku tak suka dan buat aku sedih, " Zedi bersuara perlahan sambil menunduk.

Aku tersentak lalu aku pun memandangnya, " Woi Ze, jangan cakap yang kau suka dekat Riss! "

Zedi menarik nafas lalu dia pun mendongak dan menjerit, "AKU SEDIH SEBAB DAH TAK BOLEH PEDAJAL ORANG!! "

Aku terdiam, this girl is really!

"Boleh je kalau kita nak~ " Aku bersuara sambil lewa.

Zedi terus memandangku, " Kau bayangkan, sebelum Syaz couple dengan Riss, dia boleh settle kan kita bila kita pedajal orang. Lepas diorang dah couple, lagilah susah nak pedajal. Riss tu dah lah ketua disiplin! "

Aku mengangguk, betul juga.

"Bila kau nak bagitahu diorang pasal hubungan kau dengan Khai? " Zedi menyoal membuatkan aku tersentak dekali lagi.

"Wey Ze, " Aku memandangnya.

"Apa? " Zedi memandang ke hadapan.

"Lepas apa yang dah jadi antara kau dengan Lutfi, aku terfikir sesuatu, "

"Haa, tukar topik! Anyways, fikir apa? Masa depan? Halah Hara, biasalah hidup, mesti ada yang berdendam-- "

"Aku terpikir yang nyawa kita ni sebenarnya hujung tanduk je, " Aku menunduk. Zedi berhenti berjalan, begitu juga dengan aku.

Zedi memandangku, "What are you talking about? "

Aku menggenggam tanganku, aku tahu yang Zedi tak suka berbual pasal hal ni kerana hal nilah yang selalu buat ZIQHAS risau.

Aku terus memandang Zedi, "Kau tahukan ramai musuh dalam sekolah ni yang incar salah seorang daripada-- "

"Diam! " Zedi memotong percakapanku.

"Kenapa pula?! Kau tahukan yang-- " Aku terdiam apabila Zedi menekup mulutku dengan kuat.

Aku meronta- ronta.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now