Chapter 43

197 19 11
                                    

(Aisy P.O.V)

Aku menarik nafas yang panjang lantas memasuki rumahku. Aku lega apabila tiada siapa yang menungguku di ruang tamu.

Aku menoleh ke kiri, kelihatan beberapa pembantu rumah dan bodyguard berdiri. Aku terus berjalan ke mereka.

"Kalau sesiapa tanya pasal saya, cakap saja tak tahu. Tak perlu bagitahu yang saya dah balik. Nanti saya akan turun juga, " aku bersuara mendatar.

Tanpa menunggu balasan mereka, aku terus berlalu pergi meninggalkan ruang tamu. Bilikku yang berada di tingkat 2 dituju.

Lain kan perangai aku di rumah berbanding bersama ZIQHAS? Yup, sangat lain.

Aku terus bergegas masuk ke bilikku lantas pintu dikunci rapat. Aku baring di atas katilku, langsung tidak mahu mandi, membersihkan diri.

6 p.m,

Aku terbangun dari tidurku. Aku terus melihat jam, hmm dah pukul 6? Aku belum solat asar lagi.

Aku bergegas bangun untuk mandi dan menunaikan solat.

Tak lama selepas itu, aku pun keluar dari bilik. Haih, aku memang tak nak keluar tapi itulah... nanti dicop sebagai anak derhakalah, tak kenang budilah.

Macam mana aku nak jadi anak yang diingini kalau masalah keluarga aku sendiri yang menyebabkan aku jadi begini.

Aku turun ke ruang tamu... Hmm, tak ada orang. Lantas aku pergi masuk ke ruang makan.

Aku dah agak, semuanya ada dekat sini.

"Aisy, " umi terkejut memandangku lantas dia pun bangun dan berjalan dengan laju ke arahku.

Umi memelukku dengan erat sekali tetapi aku langsung tidak membalas pelukannya.

"Kenapa kamu tak cakap yang kamu balik? Umi boleh jemput kamu dekat asrama, " umi terus meleraikan pelukan lantas dia pun mengelus rambutku. Dia tersenyum tawar apabila melihat riaksi aku.

Aku langsung tidak senyum, malah menayangkan muka yang datar. Inilah sebab utama aku tak nak balik rumah.

"Aisy, kamu cakap dengan abah yang kamu nak sleepover dekat rumah Syaz. Kenapa kamu boleh ada dekat sini? " abahku mula bersuara.

Ya, memang aku ada bagitahu abah yang aku nak sleepover dekat rumah Syaz tapi semua tu tipu saja. Aku cuma tak nak diorang jemput aku dekat asrama.

Aku tetap mendiamkan diri. Enggan menjawab pertanyaan abahku.

Keadaan menjadi hening seketika. Baik abah mahupun umi, masing- masing mendiamkan diri.

Kedua abangku berpandangan manakala adik perempuanku memandang aku dengan riak keliru.

"Kenapa kakak tak nak jawab soalan abah? Kakak pun tak nak peluk umi, " adikku menyoalku.

Aku geram lantas, "Ada masalah dengan kau ke? Tak ada kan! "

"AISY! Kenapa dengan kamu ni? Adik kamu tanya baik- baik, kan? " abah bangun dari duduknya.

Keadaan menjadi tegang. Abah memandangku penuh kecewa manakala aku hanya memandangnya dengan riak biasa, seolah tiada apa berlaku.

Adikku menangis teresak- esak. Dia dipujuk oleh along manakala angah hanya memandangku penuh kekesalan.

"Eh, abang. Jangan macam tu, jangan marah Aisy. Mungkin Aisy penat, kan? " umi berdiri di hadapanku, ingin membela diriku walaupun sudah jelas aku yang salah.

Aku yang biadap, aku yang tak pikirkan perasaan orang lain. Aku yang salah. Tapi aku tak nak minta maaf, aku tetap mengulangi perbuatan yang sama. Perbuatan yang membuatkan abah kecewa.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now