Chapter 28

247 25 9
                                    

(Hara P.O.V)

Pada keesokan harinya, aku dan Aisy berjalan- jalan keliling sekolah pada waktu rehat.

"So, Aisy? " Aku memandang Aisy. Aisy menjongketkan keningnya.

"Pengajaran untuk kes semalam, kau tahu kan? Aku sebenarnya malas nak membebel tapi aku risau kalau kes semalam tu berlaku lagi. Tak naklah pisang berbuah dua-- "

"Yeah yeah, I know, Hara. I'm just scared. I feel like he's gonna hurt-- "

Aku ketawa lalu Aisy pun berhenti berbicara, "Kenapa kau ketawa? It's not funny! "

"It is, " aku menjawab dengan senyuman mengejek.

"Bayangkan ye, Aisy. Kau ada seorang kawan yang suka buat benda memalukan diri dan selamba bernama Zedi, seorang yang ganas bernama Izla, seorang yang mulut lepas bernama Hara dan seorang yang garang bernama Syaz. Berani ke lelaki tu nak apa- apakan kitorang kalau kau bagitahu kitorang? " Aku menjongketkan keningku. Aisy terdiam, cuba memproses penerangan ringkasku.

"How about Qari? She is my friend too, " Aisy menyoal naif.

Aku terdiam, aku ingat apa yang Syaz pesan semalam dekat kitorang masa Aisy dah tidur sebab penat menangis.

"Jangan cuba bangkitkan hal Qari, sebut nama Qari dan bagitahu masalah ZIQHAS dekat sesiapa. Pastikan tak ada siapa pun yang tahu sebab kita pindah ke Diamond High! "

Itu yang dipesan oleh Syaz semalam. Aku rasa Aisy tak perlu tahu sebab dia ni pendiam. Dia bukannya friendly sangat dengan pelajar lain. Kemungkinan untuk dia bagitahu masalah ZIQHAS ataupun pasal Qari sangat tipis.

Apa- apapun, "Syaz kata, jangan cuba bangkitkan nama Qari. Boleh? "

Aisy memandang pelik terhadapku, "Kenapa pula? "

Aku tersenyum sambil mengangkat bahu, "Entah lah tapi kau tahu kan, kalau Syaz suruh tu, mesti ada sebab. Lainlah kalau Zedi, kau langgar pun arahan dia tak apa. Dia tu bukannya boleh percaya sangat, perdajal orang saja 24 jam, "

Aisy ketawa kecil mendengar ayatku, "Kau pun sama saja, jangan nak mengutuk Zedi sangat, "

"Betul tu, aku pun banyak juga perdajal orang tapi tak expert macam Zedi ye. Kalau Zedi tu PHD dalam bab perdajal orang ni, aku masih lagi ijazah muda tau! "

"Cannot disagree anymore, "

Kami berjalan di tepi dewan untuk membeli minuman di vending machine.

"Kau nak air apa? " aku melihat air- air yang ada.

"Milo, " Aisy menyerahkan dua ringgit kepadaku. Kami pun membeli minuman pilihan. Straw yang disediakan di tepi vending machine diambil.

"Hebat betul sekolah ni. Straw pun disediakan, " Aisy bersuara.

Aku tersenyum, betul lah tu. Kalau dekat Gold High dulu, straw hanya disediakan di kaunter makcik kantin saja. Ya, kami hanya ada kantin di Gold High, kafeteria tak ada ye. Masa tu juga, ZIQHAS suka beli air di vending machine.

Untuk dapatkan straw pun bukannya percuma. Kena kalahkan makcik kantin dalam beberapa permainan. Zedi berlawan main uno card dengan makcik kantin dan pakcik cleaner, Izla berlawan wrestling arm dengan akak kantin dan aku pula berlawan congkak dengan akak kantin yang lain. Ada lah juga main tipu lepas pernah kalah first round. Zedi dengan Izla yang ajar aku untuk main tipu.

Qari duduk di tepi untuk jadi pengadil untuk memastikan tiada siapa main tipu dalam permainan uno card. Masalahnya Qari ni tolong Zedi dalam diam. Aisy pula duduk di tepi dengan perangai pembarisnya. Nasib baik masa tu Syaz tak ada, pergi ke tandas. Pelajar- pelajar lain boleh pula berkerumun dekat tepi sambil bersorak. Semuanya kerana menginginkan enam batang straw.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now