Chapter 59

106 10 18
                                    

Aurora berlari mencari Marine dan Lucas. Dia risau. Risau kalau jadi apa- apa dekat diorang. Dia takkan maafkan dirinya kalau apa- apa jadi dekat diorang.

"Rine! Lucas! Where are you? " Aurora menjerit.

Segala semak samun ditepis. Dia kena jumpa diorang juga. Kalau tak--

"Wow, it's so cute! "

Jantungnya terhenti mendengar suara kecil itu. Dia terus berlari ke arah suara itu. Aurora hampir menangis apabila dia memandang Marine dan Lucas yang mengusap seekor arnab berwarna putih.

Kakinya lemah namun dia gagahkan juga. Dia terus berlari ke arah Marine dan Lucas, "Rine! Lucas! "

Marine dan Lucas memandangnya.

"Mother! " Marine menjerit ceria.

"Mother... " Lucas bersuara perlahan.

Aurora terus berlari, memeluk mereka berdua dengan erat, "Oh my god. Kamu berdua buat apa dekat sini? Tahu tak yang mother hampir kena heart attack bila kamu berdua tiba- tiba hilang! "

Memang dari dulu Aurora mahu Marine panggil dia dan suaminya 'mother father'. Sebab apa? Sebab itulah... Situasi 7 tahun lepas dimana semuanya berubah. Situasi yang masih lemahkan fikirannya walaupun dah 7 tahun berlalu.

"Rine kejar arnab tu! Arnab tu nampak comel! " Marine menunjuk arnab kecil itu.

"Lucas ikut Rine, takut Rine sesat, " Lucas bersuara.

Aurora tersenyum mendengar, "Good job, Lucas, "

Aurora terus memandang arnab itu. Arnab? Kenapa boleh ada arnab dekat sini? Setahu dia, Alessio tak pernah bela apa- apa haiwan dekat rumah ni. Kecuali kalau...

Aurora terkedu. Umpan...

Aurora terus bangun mendadak, "We need to go right now, "

"But rabbit? " Marine memandang arnab itu.

"I'll buy rabbits for you later, " Aurora terus mendukung Marine dibelakangnya. Tangan Lucas dicapai lalu mereka pun berlari.

Aurora takut. Kenapa dia boleh tak perasan. Itu umpan! Dia patut bawa anak- anak dia lari masa dia nampak arnab tu. Dia bodoh! Dia boleh leka dengan tipuan musuh!

"Mother... Siapa yang serang kita? " Lucas menyoal perlahan.

"You don't need to know, my boy. They are bad people. Don't ever think about them, " Aurora membalas dengan lembut, cuba menenangkan anaknya. Sejujurnya, dia pun tak tahu siapa yang serang mereka.

Mereka masih lagi berlari namun seorang gadis menghalang mereka. Aurora terhenti. Begitu juga dengan Lucas disebelahnya.

"Who are you? " Aurora menyoal kasar.

Gadis itu hanya memandangnya tanpa sebarang riaksi. Dia seakan... Robot? Tiba- tiba gadis itu mengeluarkan sebilang pedang.

Aurora terkedu. Dia takde senjata sekarang ni. Macam mana nak lawan? Macam mana nak selamatkan anak- anak dia. Dukungan Marine dan pegangan tangan Lucas diketatkan. Nobody can take them from me.

Tiba- tiba gadis itu membaling pedang yang dipegang ke depan Aurora. Gadis itu mengeluarkan sebilah lagi pedang dan acukan ke Aurora.

Aurora hairan. Apa ni? Dia bagi pedang dia dekat aku?

"You and me. Let's fight, " gadis itu bersuara tanpa nada.

"Rine, Lucas. Don't try to run away no matter what, " Aurora bersuara keras. Dia tahu gadis ini bahaya. Tapi lagi bahaya kalau kedua anaknya ini lari ke tempat yang dia tak nampak. Macam mana kalau lagi banyak musuh sekuat gadis dihadapannya ini dekat keliling rumah? Jadi langkah selamat adalah tunggu disini bersamanya.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now