TWENTY-FOUR || Letter

1.8K 102 8
                                    

I let those letters being witness to our story
So you won't forget all the path and memories that we went through together...

●️●️●️●️●️

Author's

Air mata yang tadinya mengalir sudah kering meninggalkan bekas pada pipinya. Gadis itu sibuk menyelak satu persatu buku  yang terdapat pada rak tersebut. Dia merengus geram lalu mencampak beberapa buah buku ke atas katil. Dia tidak menjumpai benda yang dicari. Dia terus menoleh memandang almari pakaiannya.

Tanpa membuang masa, gadis itu  terus menyelongkar almari itu. Habis segala laci dibuka dan diselerakkan. Matanya tertancap pada sebuah sampul surat coklat yang tertindih dengan beberapa buah buku. Segala tingkahnya terhenti seketika. Kemudian, tangannya perlahan-lahan mencapai sampul surat itu sebelum dibawa ke dada. Rian menyandarkan diri pada dinding dan terduduk di situ. Air mata yang tadinya sudah kering mengalir kembali.

Sampul surat itu dibuka. Terdapat banyak helaian surat yang terdapat di dalamnya. Semuanya dikeluarkan. Habis berselerak pucuk-pucuk surat itu di atas  lantai. Dia segera mencari surat yang dicarinya sedari tadi. Pada kertas-kertas itu ada dituliskan tarikh yang sepatutnya Rian baca. Sekeping lipatan kertas bertarikh 12 Mac itu diambilnya. Lipatan kertas itu dibuka.

23 Oktober 2015
12:30 malam

Assalamualaikum dan apa khabar duhai kekasih hati abang, Rian... Hihi!

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau sihat... Jaga-jagalah kesihatan awak tu ye? Jangan tak makan sayur, nanti sampai bila-bila pendek macam tu ajelah awak. Haha!

Pada hari Rian baca surat ni... Tarikhnya 12 Mac, kan? Mesti Rian tertanya-tanya kenapa abang suruh awak baca surat ni pada tarikh ni... Abang tahu sepanjang masa 7 bulan perkenalan kita ni abang tak pernah bagi tahu awak yang birthday awak pada 12 Mac... Jadi tujuan abang kirimkan surat ni kepada awak adalah bersempena hari jadi abang... So... Happy Birthday, Dearself!

Dan selain itu, surat ini adalah surat yang ke-10 dan yang terakhir dari abang untuk Rian. Ye... Abang dah tak sanggup nak seksa jiwa abang lagi. Mengimbau semua kenangan ini buat jiwa abang terasa sesak. Abang sepatutnya tak boleh terus macam ni...

Abang minta maaf andai selama  perkenalan kita ini  abang banyak menguriskan hati Rian. Abang bukanlah lelaki yang baik... Tapi abang cuba yang terbaik untuk Rian... Abang ini bukanlah kaya, jauhkan lagi sempurna...

Lepas ni abang kena pergi... Dan abang sendiri tak pasti sama ada abang dapat kembali ke pangkuan Rian.

Ye, abang tahu abang dah janji sebelum ni... Tapi segalanya atas izin Allah... Semuanya atas  ketentuan-Nya... Abang minta maaf andai tak dapat menepati janji abang. Abang minta maaf  banyak-banyak...

Andai selepas ini kita tak dipertemukan lagi, abang redha... Abang terima... Lagipun abang sedar abang bukan lelaki yang terbaik untuk Rian... Awak layak dapat yang lebih baik.

Abang rasa sudah sampai masa untuk menamatkan surat ini. Abang sendiri tak sanggup untuk menyeksa diri lagi... Segala kenangan kita, bermula dengan pertemuan kita semasa di Navy Day, kenangan di rumah Tok Mar dan Langkawi...  Benar-benar menyeksa jiwa abang.

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now