Being apart teaches us how to appreciate each other...
●️●️●️●️●️Author's
"Bukannya aku tak suka kau, Taufik..."
Dian mengigit bibirnya perlahan. Wajah keliru pemuda di hadapannya kini membuatkan rasa serba-salah bertandang.
Taufik menaikkan keningnya.
"Habis tu?" Soalnya.
Dian mengeluh seketika sebelum kembali memandang Taufik.
"Aku ok bila kau rapat dengan Rian. Lagi pun kau pun dah banyak tolong dia, jaga dia selama dua tahun ni. Tapi kau tahulah Rian tu macam mana kan? Dengan sakit dia tu datang balik..." Keluh Dian perlahan saat bercakap berkenaan sakit yang dialami adiknya.
Dia bermain-main dengan jarinya sambil matanya asyik memerhatikan Taufik dengan wajah kesal. Ini bukan kali pertama Taufik datang bertemunya untuk meminta izin untuk melamar Rian. Sudah banyak kali.
Taufik menyandarkan tubuhnya pada sofa. Dia mengalihkan pandangan lalu mengeluh perlahan.
Tak habis-habis lagi pasal perkara ni...
"Yang tu akak tak payah risau... Biar saya rapat dengan Rian... Lama-lama nanti hilanglah sakit dia tu." Rayu Taufik mengharapkan Dian memberinya peluang untuk memikat hati Rian.
Dian mengeluh.
"Kalau aku kasi kau can pun... Aku tak yakin Rian nak terima kau... Lagipun dia muda lagi... Aku rasa yang terbaik, bagi dia peluang untuk mulakan hidup baru. Bagi dia nikmati masa muda dia dulu... Banyak benda lagi yang dia kena lalui nanti." Ujarnya panjang lebar. Wajah Taufik itu ditatapnya dalam berharap agar pemuda itu faham.
Dian tahu, Rian masih tidak dapat melupakan masa silamnya. Gadis itu masih tidak bersedia untuk menerima cinta daripada pemuda lain. Hatinya masih lagi dimiliki oleh Nadzri.
Taufik menolak isi pipinya kerana geram. Entah bilalah Rian mahu membuka hati untuk menerimanya.
"Yelah, Kak... Saya faham. " Balas Taufik hambar. Dia menundukkan pandangan ke arah secawan teh di atas meja kopi di hadapannya. Dian pula hanya mampu tersenyum hambar.
Disebalik dinding, Rian pula hanya diam menadah telinga mendengar perbualan mereka. Lama dia termenung menatap dinding kosong di hadapannya. Fikirannya jauh menerawang. Gadis itu berdecit.
"Kalau bukan sebab aku tunggu Abang Nadzri pun, aku tetap tak akan terima kau. Dalam mimpi pun tak hingin!" Bisik Rian sebelum beredar memasuki biliknya.
❆️❆️❆️
"Rian, Fie... Tolong jagakan butik kejap, ye? Mummy nak pergi keluar sekejap. Ada hal." Pinta Puan Fariha lembut kepada dua orang gadis itu.
"Ok." Sahut mereka berdua.
Rian meletakkan seterika jenis stim pada penyangkutnya. Baju yang sudah siap digosok itu dibelek-belek semula sebelum digantungkan pada rak pakaian. Dia mendekati Afiesya yang sedang sibuk berbalas mesej di kaunter.
Rian menyandarkan diri pada kaunter itu.
"Kau chat dengan siapa tu?" Soal Rian. Botol air masaknya dicapai lalu diteguk perlahan.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...