Sambungan prolog👀
●️●️●️●️●️
When I saw you, I fell in love.
And you smiled because you knew●️●️●️●️●️
Author's
2 tahun kemudian,
Si dia tersedar daripada lamunan setelah lama termenung. Termenung mengimbau kenangan lama yang penuh dengan detik pahit manis. Rian tergeleng lalu menutup diari lama tersebut.
Dia melilau memerhati bilik lama yang sudah berhabuk itu. Bukan niatnya hendak meninggalkan rumah ini dengan keadaan begini. Tetapi keadaan pada waktu itu agak mengejutkan. Dia juga tiada kekuatan hendak menziarahi rumah ini. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.
"Sayang?" Panggil seseorang di muka pintu.
Rian tersenyum.
"Iye?" Sahut Rian mesra. Nadzri tersenyum lalu melangkah mendekati isterinya.
"Dah ambil dah barang yang sayang nak ambil?" Soal Nadzri. Dia melutut sambil menggenggam erat tangan mulus milik Rian.
Rian mengangguk sambil menunjukkan kotak berbalut kertas pembalut hadiah bercorak 'olaf' itu. Nadzri tersenyum.
"Ada lagi ke barang sayang nak ambil? Budak-budak tu nak kemas dah aparment ni. Nanti semua ni depa buang je. " Terang Nadzri.
Rian memerhatikan luar bilik. Terdapat beberapa orang yang ditugaskan untuk mengosongkan rumah ini sudah mula membuat kerja mereka. Rian menggeleng.
"Tak ada dah. Ni je. Jom balik." Ujar Rian.
Nadzri pula hanya menurut. Tidak lupa juga untuk membawa sekali kotak peribadi Rian itu. Mereka berdua melangkah keluar daripada rumah yang penuh dengan kenangan itu. Biarlah semua kenangan itu hanya tersimpan di dalam hati.
❆️❆️❆️
Mereka berdua berjalan seiringan berpegangan tangan sepanjang Pantai Jeti Peluru yang menyimpan seribu kenangan itu. Masing-masing diam melayan perasaan masing-masing. Angin pantai yang bertiup langsung tidak menganggu mereka malah lebih menyenangkan.
Hari ini adalah hari terakhir mereka berada di Lumut, Perak kerana Nadzri sudah ditugaskan untuk berpindah ke Langkawi. Mereka mengambil keputusan untuk meluang masa sepuasnya di sini. Terasa sayang hendak meninggalkan tempat penuh kenangan ini, tetapi apakan daya... Nak tak nak dia sudah ditugaskan.
Rian mencubit lengan baju Nadzri membuatkan langkah pemuda itu berhenti. Nadzri mengangkat keningnya.
"Kenapa sayang?"
Rian mengigit bibirnya perlahan lalu tersenyum manja.
"Sayangkan ada satu cita-cita ni tau dulu... Waktu minat kat abang dulu-dulu..." Ujar Rian manja. Dia melangkah mendekati Nadzri lalu mengusap lembut tangan sasa milik suaminya.
Nadzri tersenyum.
"Apa dia?" Soalnya.
Rian tertawa suka. Dia mengeluar sekeping kertas yang sudah kekuningan dek ditelan waktu. Nadzri mengerutkan dahinya.
"Dulukan, waktu sayang minat kat abang...waktu zaman budak-budak dulu... Sayang selalu buat bucket List apa yang sayang nak cakap kalau abang dah jadi boyfriend sayang. Tapi sekarang dah terlajak pula jadi suami... So sayang rasa sayang nak cakap juga ni kat abang..." Terang Rian sambil membuka lipatan kertas itu.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...