Erm kali ini buka lagu waktu icey suruh k?😂 Bila ada simbol (❄️) korang buka lagu ni k? Thank you untuk kerjasama😂👌
●️●️●️●️●️
I may not the best for you,
But I promise to love you
With all my heart●️●️●️●️●️
Author's
Rian mengeluh memandang cincin yang terdapat jari manisnya. Tidak sangka kini dia bergelar tunang orang. Tunang kepada Taufik pula itu. Rian benar-benar tidak faham dengan tindakan Dian menyuruhnya untuk menjauhkan diri daripada Nadzri. Dia tidak mahu jadi begini. Dia tidak mahu bersama Taufik.
Bunyi hentakan kaki menarik perhatian Dian. Dia mengerutkan dahinya melihat Rian yang laju menuruni tangga. Gadis itu melangkah laju mendapatkannya.
Rian menyeringai garang kepada kakaknya. Serta-merta cincin yang berada di jarinya itu dicabut lalu diletakkan di atas meja kopi. Dian mengerutkan dahinya.
"Rian? Apa ini?!" Soalnya keliru.
Rian mengetap gigi geram. Tidak sangka kakaknya sanggup membuat begini padanya.
"Kenapa?!" Tengkingnya geram.
Bahu Dian terhinjut kerana tersentak ditengking Rian. Dian mengeluh lalu meletakkan airnya kopinya di atas meja. Dia berdiri berhadapan dengan Rian.
"Akak buat ini semua sebab akak dah tak sanggup tengok kau sakit. Kau sakit sebabkan dia! Kenapa kau mesti beri peluang pada lelaki yang dah menyakiti kau,dik?" Soal Dian kembali.
Kedua-dua bahunya Rian itu pegangnya. Namun, Rian menepis. Air mata membasahi wajah gadis itu. Rian mengusap rambutnya kasar.
"This is not what I want!" Bentak Rian keras.
Tangisannya deras mengalir membasahi wajahnya. Rian menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Dian pula mengeluh. Rian benar-benar degil untuk membuka hatinya menerima orang lain. Seolah-olah hatinya sudah terkunci rapat hanya untuk Nadzri.
"Mungkin ini bukan apa yang kau nak, Rian. Tapi ini yang terbaik. Taufik boleh jaga kau. Dia sayangkan kau. Why not you just give him a chance?" Pujuk Dian lembut.
Rian yang masih menangis itu menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu sesiapa melainkan Nadzri. Nadzri ialah pemilik hatinya!
"No... No way... And never! Even in a dream! " Bentak Rian kasar. Dia terus beredar ke biliknya meninggalkan Dian keseorangan di ruang tamu.
Dian mengeluh. Dia kembali melabuhkan punggung pada sofa. Tangisannya pecah di situ.
"Akak cuma tak nak kau sakit lagi..." Ujarnya sendiri. Dian menekup mukanya menangis di situ.
❆️❆️❆️
Taufik mengerling memandang Rian di sebelahnya. Gadis itu kelihatan monyok tidak bermaya. Sudah tentulah gadis itu tidak gembira bertunang dengannya.
Taufik sendiri terkejut apabila Dian mendesaknya untuk bertunang dengan Rian. Sejujurnya, dia memang ingin memiliki Rian tetapi bukan dengan cara ini. Paksaan bukan caranya. Tiada guna jika Rian menjadi miliknya tetapi cinta yang hadir di dalam hati gadis itu hanya cinta obligasi.
Cinta yang terpaksa hadir! Bukan cinta yang benar-benar ikhlas.
Taufik mengeluh. Rian mengerutkan dahinya lalu menoleh memandang Taufik di sebelah. Rian berdehem menghilangkan rasa janggal.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...