Ignore the stranger, because you're officially mine now.
●️●️●️●️●️Rian's
"Arghhhh!! Hahahahahhahah" subuh-subuh hari lagi aku sudah memekik. Tidak kisah lagi jika kena bebel dengan Baba atau mama. Aku bangkit dari perbaringan.
Aku tersengih sendiri sehingga menampakkan barisan gigiku yang putih bersih. Rambutku yang lurus sudah kusut- masai dan menutup sedikit wajahku kerana aku berguling-guling di dalam selimut tadi. Sekali lihat,sudah macam orang gila sahaja aku ni. Habis bersepah katilku.
Kertas berconteng 'Rian Aryana ♡️ Nadzri Aydan' hampir memenuhi katilku yang bersaiz queen. Aku tak boleh tidur malam tadi apabila otakku mengada-ngada nak imbas kembali detik-detik indah dengan Abang Nadzri malam tadi.
Lamaran dia atas kapal layar KLD Tunas Samudera. Ohemjiiiii so suwitttttttt. Ceih!
Tak sangka aku Abang Nadzri yang hanat tu boleh jadi romantik sebegini. Aku tertawa kecil.
Bahagialah kau sekarang Rian.
Tok! Tok! Tok!
"Rian... bangun... dah subuh." Ujar mama disebalik pintu. Aku menyahut panggilannya.
See? Lama kan aku berjaga? HAHAHAHAH
Suasana di Sekolah Menengah Pangkalan TLDM harini sedikit meriah dari biasa. Pihak sekolah telah menganjurkan hari kantin dan Usahawan. Aku, Sufi, Afiesya dan Amyra sibuk menolong Cikgu Wendy mengemas kaunter pameran kerjaya khas untuk pelajar Tingkatan 5.
Kelihatan juga trak PASKAL, PROTELA dan unit KD Malaya yang baru sampai ke sekolah kami. Mereka juga dijemput untuk membuat pameran dan persembahan di sekolah kami.
Mataku meliar mencari seseorang. Aku tahu unit KD Tunas Samudera tiada tapi mata aku gatal nak usha. Manalah tahu, kekasih hati aku tu tiba-tiba volunteer nak datang sini kan?
"Hai, Rian." Tegur seseorang. Kotak berisi barang pameran itu aku letakkan di atas meja. Automatik aku tertoleh belakang melihat tubuh besar berketul dibelakangku.
"A-abang... Taufik?... H-Hai..." balasku kembali. Pemuda itu tersenyum. Matanya asyik memandang aku atas dan bawah. Liurku ditelan kesat. Eyyy kalau aku ni kuat, dah lama kaki aku naik lempang muka dia.
"Cantik!" Pujinya. Aku terkebil-kebil. Ish, seram pulak dengar pujian Taufik itu. Dia tersenyum manis.
"Err ha?" Soalku kembali. Pemuda itu tertawa kecil. Gila apa gelak sorang. Tak ada yang lawak pun.
"Tak, abang kata awak nampak cantik bila pakai baju Bravo ni. Tak tahu pula awak PKBM Laut." Ujarnya. Aku pun hanya mengumam sambil mengangguk sebagai balasan.
Aku menilik semula pakaianku. Bukan semua sekolah ada unit uniform kokurikulum PKBM sama ada Laut atau Udara. Kalau Kadet Remaja, Polis dan Bomba tu biasalah.
Uniform Bravo yang tersarung ditubuhku mempunyai baju berwarna navy blue dan seluar berwarna biru gelap. Tudungku yang turut berwarna biru gelap kemas dimasukkan ke dalam baju. Dan baju uniform ini memang mengikut bentuk badan jadi bentuk tubuhku sedikit kelihatan ketika memakai seragam ini.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...