THIRTY || Surprise! pt1

2.2K 94 20
                                    

Author's

Beberapa bulan berlalu sejak Rian melanjutkan pelajarannya di Pulau Pinang, segalanya berjalan dengan lancar. Malah hubungan Nadzri dan Rian juga tidak regang meskipun berjauhan. Pandai saja mereka curi masa semasa cuti untuk bersua.

Sama ada Rian yang mencari Nadzri ataupun Nadzri yang datang menziarahi Rian.

Jarum jam di dinding sudah menunjuk pukul 11.30 malam. Rian menarik zip bagasinya lalu diletakkan bersebelahan katilnya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Tidak sabar hendak menunggu hari esok.


❆️❆️❆️

"Assalamualaikum..." Ceria sahaja si empunya suara menyapa.

Dian mencebik setelah mendengar suara milik adiknya itu. Dia menoleh sambil membawa satu jag berisi air minuman.

"Waalaikumusalam..." Meleret suaranya menjawab salam Rian.

Rian tersengih lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dian meletakkan jag air diatas meja makan tersebut.

"Jalan sibuk ke? Lambat sampai." Soal Dian. Tangannya ligat menuangkan air ke dalam gelas. Rian mengambil salah satu gelas yang sudah dipenuhi air lalu diteguk bagi membasahkan tekaknya.

"Haa ... Jalan jam... Dini mana?" Soal Rian pula. Dia memanjangkan leher melilau melihat sekeliling mencari budak kecil itu. Sudah hampir beberapa bulan tidak berjumpa. Rindu rasanya.

"Ada tidur kat atas. Dah lah kau pergi mandi rehat-rehat semua ... Nanti tolong akak masak untuk makan malam..." Ujar Dian.

Gadis itu segera bangun lalu kembali ke dapur untuk menyediakan bahan masakan. Rian pula hanya menurut arahan kakaknya. Bagasi yang Nadzhan letakkan di sebelah tangga dicapai lalu di bawa ke biliknya.

❆️❆️❆️

"Nadzri tak tahu lagi kan?"

Tanganya yang ligat membilas beras itu terhenti. Rian mengerutkan dahinya.

"Tahu apa, kak? Tahu Rian dah balik? Dia tahu..." Jawab Rian. Dia menekan punat periuk nasi lalu menoleh memandang Dian.

Dian mengeluh.

"Bukan tu maksud akak... Dia dah tahu dah ke nanti kita nak pergi kampung dia?" Jelas Dian ringkas.

Rian mengangkat keningnya setelah memahami maksud Dian. Dia tertawa hambar.

"Belum... Dia tak tahu pun."

Dian mengangguk lalu memasukkan ikan yang sudah dilumur kunyit dan garam ke dalam minyak yang sudah panas di dalam kuali. Rian mengigit bibirnya.

"Akak... Esok pagi Rian keluar kejap dengan Fiesya boleh? Esok dia nak buat Birthday party mak dia..."

Dian berdecit sinis lalu menoleh memandang gadis itu. Keningnya diangkat.

"Nak jumpa Fiesya ke Nadzri?" Usik Dian.

Rian mengerutkan dahinya.

"Jumpa Fiesya lah! Apa pula nak jumpa Abang Nadzri... Esok dia kerja lagi... Sabtu baru kita orang boleh jumpa." Nafi Rian.

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now