Hi geng! Pekabo? Ehek! Kalini icey akan cuba belajar menghilangkan Ribena dalam ayat dan cuba untuk buat ayat lebih dramatik ehek! Dramatik sangat.... btw drop ya'll guys comment okey? Tegur2 lah kalau ayat itu terlampau keling ahahah.Enjoy! ^^❆️❤️❤️❤️
●️●️●️●️●️
I still remember the precious night when you sang me a meaningful song.
It's make me calm and feel tight to sleep●️●️●️●️●️
*Nadzri and Rian's oufit
Author's
Nadzri membutangkan baju kemeja putih yang disarung di tubuh bagi menutupi bahagian dadanya yang terdedah. Wangian keluaran Polo disembur sedikit sebagai sentuhan terakhir sebelum dia menilik wajahnya di cermin.
Jika bukan disebabkan oleh Annual Dinner untuk semua unit di dalam pangkalan, tiadanya dia mahu keluar malam ini. Sudah tentu Nadzri akan berehat sahaja di rumah memandangkan esok cuti.
Mak aih! Kering bebenor bibir aku. Merekah habis!
Mata pemuda itu membulat melihat pantulan cermin. Bibirnya yang merekah disentuh. Matanya melilau seakan-akan mencari sesuatu di atas permukaan meja solek itu.
"Aku tak ada lip balm eh?" Soal Nadzri sendiri. Tangannya mengaru kepala yang tidak gatal.
Kaki melangkah keluar dari bilik. Kelihatan Fahmi dan Mad yang elok memakai turut memakai kemeja putih berlengan panjang dan seluar hitam sedondon dengan Nadzri. Mereka sedang seronok bergurau senda di ruang tamu.
"Mad, Mi korang ada lip balm tak? " soal Nadzri. Serta-merta dua orang pemuda usia 20-an itu berhenti. Mereka memandang Nadzri serentak.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...