When I say 'I like you' means, I do like you, so much...
●️●️●️●️●️
Nadzri's"Hmm okey, lagipun senja dah ni. Hati-hati. Kalau jumpa lagi tetegur lah erk?" Kata aku. Olaf dan kawan dia pun beredar selepas itu.
Haha! Olaf. Why aku panggil dia Olaf? Because she's cute and always remind me to the snowman. Dengan muka yang putih kemerah-merahannya, pendek pulak tu. Well, she's cute...
Setelah sekian lama, gotong-royong pun selesai. Kami semua pun berpusu-pusu balik ke bilik masing-masing.
"Nadzri ku cumelll, bulu ketiaknya lebatttt selalu sihattt dengan power cat meowww." Suara Fahmi dari luar bilik air membuat aku yang tengah mandi ini tertawa. Sedap kata bulu ketiak aku lebat eh? Tak sedar diri!
"Aku baru cukur lah!" Balasku lucu sejurus membuat Fahmi dan Mad ketawa diluar.
Pili air aku pulas untuk menghentikan air dari terus mengalir. Kain tuala yang disangkut aku ambil lalu mengelap rambut dan badanku yang basah. Selepas itu, kain tuala itu dililit di pinggang.
Aku berdiri di hadapan sinki dan mengambil pisau cukur di dalam bekas yang terletak di singki itu. Muka aku ditilik di cermin. Nampaknya misai dan janggut aku semakin kelihatan. Muka aku disembur krim sebelum dicukur.
"Nadz ohh nadzzz." Panggil Mad di luar bilik air.
"Apa?!" Sahut aku.
"Cepat lah sikit make-up nyer. Aku rindu nak peluk kau niiii." Aku ketawa sendirian di dalam bilik air. Dasar gay!
"Sorry, aku suka perempuan!" Balas aku.
"Halah, dah awek terus lupakan aku. Kalau tak setiap malam kau peluk aku kan?" Kata Mad lagi. Aku mengelengkan kepala. Aku terus mencapai pakaian yang aku sedia ambil tadi untuk pakai. Kalau keluar dalam keadaan separuh telanjang ni bahaya oiii. Karang ditarik dek Mad dah ada free show.
"Awek mana yang kau merepek yang kau merepek ni Mad?" Soal aku. Aku terus keluar dari bilik sambil tangan aku ligat mengeringkan rambut. Aku keluar ke balkoni untuk menyidai tuala.
"Halah, budak perempuan yang aku kasi red velvet tadi tulahhhhh!" Jawab Mad. Aku membela rambut aku yang sudah melepasi kening aku. Ah, esok kene gi potong ni kalau tak mati kene marah!
"Ah, Rian ke? Halah tu anak leftenan Fauzi lah. Aku kenal dia waktu Navy day haritu." Jelas aku. Fahmi dan Mad mengangguk. Aku terus masuk ke bilik aku diikuti Mad. Eh kau nak apa ha kunyit?!
"Leftenan Fauzi?" Soal Mad dengan nada teruja.
"Apahal?" Soal aku. Dia tersengih-sengih sambil mengigit bibir bawah. Dah kenapa mamat ni.
"Kalau aku nak try dia boleh?" Soal mad. Aku yang sedang membetulkan kain pelikat itu terus tersedak. Aku berdehem untuk cover.
"Kau yakin ke kau boleh try dia?" Soal aku pula. Haha, aku rasa Rian bukan jenis mudah tergoda dengan lelaki. Dengan aku pun dia macam layan tak layan inikan pula Mad.
"Alah, kenapa tak bolehnyer aku ni hensem daripada Fattah Amin kut!" Aku terus ketawa manakala Fahmi yang memasang telinga dari luar tersedak teruk kerepeknya.
"Kalau muka macam tapak kaki sajat tak payah perasan lah! Lagi hensem dari Fattah Amin konon..puih!" Balas Fahmi dari luar.
"Eh, korang ni. Tu fakta kut! Aku memang dilahirkan hensem nak buat macam mana?" Sambung Mad lagi. Aku pula hanya tertawa melihat gelagat kawan aku sorang ni
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...