Sowwi hambar. Icey pening cari idea huhu ಥ_ಥ sila abaikan typo erk?
●️●️●️●️●️
There was a day, where we fight, mad and angry. But all what we want are....we stay together and need each other...
●️●️●️●️●️
Author's
Leher yang terasa lenguh diurutnya perlahan. Badan dia terasa lenguh setelah seharian bekerja. Cuti separuh hari semalam masih tidak cukup untuk badan Nadzri berehat.
Hari sudah petang, Nadzri ambil keputusan untuk balik memandangkan kepalanya sudah terasa pening. Kakinya laju melangkah ke tempat parkir kereta.
"Nadzri!"
Satu suara lunak memanggil menghentikan langkahnya. Terus dia menoleh ke belakang untuk lihat gerangan si pemanggil. Keningnya diangkat ke arah Si Pemanggil yang berlari anak mendapatkannya.
"Ah.. apahal Niena?" Soal Nadzri kepada rakan sekerjanya itu.
Niena tersenyum manis ke arah pemuda itu. Lelaki itu masih nampak segak walaupun wajahnya nampak pucat.
"Erm... kau dah habis duty kan? Jom teman aku! Aku bosan lah." Pelawa gadis itu.
Nadzri mengedipkan matanya beberapa kali. Dahi dia sedikit berkerut memandang gadis itu.Teman?
"Pergi mana?" Soal Nadzri.
"Halah tak pergi jauh pun. Tapi keluar base jugaklah. Saja jalan-jalan." Jelas Niena dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.
Nadzri mengeluh sejenak. Kalau diajak berjalan dengan kawan-kawan memang dia mahu cuma sekarang ini dia tidak berapa sihat. Niena dipandang lagi. Gadis itu masih tersenyum.
"Erm.. aku tak larat lah. Kau ajaklah Mad ke Fahmi ke. Ha tu Firdaus tu ke!" Nadzri menunding jari ke arah Firdaus yang kebetulan lalu di depan mereka. Pemuda itu berhenti melangkah lalu memandnag mereka keliru. Dia terkebil-kebil.
"Apahal mention aku?" Soal Firdaus.
"Haha. Tak ada apa. Ni Niena ajak lepak mamak." Seloroh Nadzri. Firdaus menaikkan keningnya sebelah. Pemuda itu menggelengkan kepalanya sebelum beredar.
Niena memandang Firdaus lalu mencebik. Dia tidak mahu Firdaus. Dia mahu Nadzri! Tetapi lelaki itu masih tidak faham.
"Ok lah Niena, kau ajak lah kawan-kawan kau. Aku tak larat penat sangat ni." Kata Nadzri lagi sebelum beredar. Seketika kemudian, lengannya ditarik Niena.
"Temanlah aku sekejap jeee pleaseee!" Desak Niena lagi. Nadzri menilik jam tangannya. Sudah masuk pukul 6.15 petang. Kalau ikutkan dia mahu balik dahulu.
"Erm.... kita berdua je ke? Tak ada orang lain?" Soal Nadzri lagi. Yelah, kalau keluar berdua nanti kan orang fikir lain. Niena mengeleng. Dia membeliakkan matanya. Berdua? Alamak....
"Niena... ak.. aku.." Nadzri tidak tahu cara untuk mengelak daripada Niena. Otaknya lambat memikirkan alasan.
"Halah jom jelah!" Niena terus menarik lengan lelaki itu. Nadzri sudah kalut memikirkan alasan namun, otak dia masih tidak membantu.
❄️❄️❄️
Rian keluar dari bas itu. Dia dan Sufi berjalan sekitar bandar Lumut untuk melepaskan tekanan setelah penat lelah di sekolah tadi. Ramai juga orang disitu walaupun hari sudah masuk 6.30 petang
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...