EIGHTEEN || Second chance

3.3K 153 23
                                    

I know I fool
I know that I've made a big mistake
But please,
Just give me another chance to fix all of these matters...
●️●️●️●️●️

Author's

Tok Mar memandang Rian pelik. Kedua-dua keningnya terangkat. Rian terus bangun dari perbaringan. Perutnya yang tadi sakit sudah lega sedikit selepas diurut. Bibir bawahnya digigit perlahan

"Yana nak buat apa dengan alamat dia?" Soalnya hairan. Rian mengeluh.

Gadis itu tahu dia tidak sepatutnya masuk campur hal keluarga Nadzri. Tetapi ini adalah satu tugasan daripada Bapanya.

Mencari Nazwan, abang kembar Nadzri...

Rian sendiri tidak jelas kenapa Leftenan Fauzi begitu tekad hendak menolong pasangan kembar itu berbaik. Katanya prestasi Nadzri semakin merosot dan itu yang dibimbangkan oleh Leftenan Fauzi.

"Rian nak tolong diorang...." Jawab Rian perlahan.

❆️❆️❆️

Sampul surat yang terletak di atas meja kopi itu dicapainya. Dahinya berkerut melihat alamat penghantarnya. Tanpa berlengah, dia terus membaca isi surat tersebut. Perlahan-lahan senyuman terukir pada wajahnya.

Second chance.....

Kening tua itu berkedut melihat isi surat itu. Wajah tampan milik Nazwan dipandang sekilas. Lantas senyuman sinis terukir. Dato ' Khalid berdecit.

"Pemilihan Perajurit Muda Pasukan Simpanan TLDM bagi sesi 215....Bertempat di Pangkalan TLDM,Langkawi...." Suara garau milik Dato' Khalid membuatkan Nazwan sedikit gugup. Liurnya ditelan kesat.

"Kau dah fikir masak-masak ke nak join benda ni? " Soal Dato' Khalid bernada tegas. Pandanganya langsung tidak berkalih daripada memandang wajah pemuda itu.

Nazwan melepaskan keluhan. Dia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki berusia 50 an itu.

"Ye, Dato'.... Saya fikir saya nak luangkan cuti semester saya dekat sana. " Jawab Nazwan dengan penuh yakin.

Dato' Khalid menolak isi pipinya menggunakan lidah. Matanya tajam menikam wajah Nazwan.

"Betul?" Soalnya lagi.

Nazwan mengangguk yakin.

Dato' Khalid tersenyum sinis lagi. Ketawa perlahan dilepaskan. Dia memandang surat itu semula.

"Cakap jelah. Kau nak cari adik kau kan?" Soal Dato' Khalid sinis.

Air muka Nazwan sudah berubah. Dia sedar dia tidak sepatutnya menipu lelaki di hadapannya itu. Air liur yang ditelan terasa kelat.

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now