TWENTY || Secret

3.2K 141 19
                                    

I don't want a secret between us
So please, tell me the truth....
️●️●️●️●️●️

Author's

Dato' Khalid mencapai surat yang tersedia di atas meja pejabatnya. Bibirnya ditarik mengukir senyum sinis lalu ketawa perlahan sambil kepala digelengkan. Dia menyandarkan diri pada kerusi pejabatnya yang empuk itu.

"Bodoh....kau ingat aku sangat ke nak terima kau ,Wan?" Bisiknya sendiri.

Dia mengeluh lalu meronyokkan surat tersebut lalu dicampak ke dalam bakul sampah. Tangannya mencapai telefon yang terletak di atas meja lalu didail satu nombor. Dia tersenyum saat panggilan sudah disambungkan.

"Hello,Ren! I have a job for you..."

❆️❆️❆️

Rian terpisat-pisat membuka matanya. Lenanya terganggu apabila terasa diselimuti sesuatu. Dia bangun memerhatikan sekeliling. Kelihatan Sufi sedang menonton televisyen di sofa sebelahnya.

Sufi memandangnya dengan kening terangkat.

"Bangun dah? Lama kau tidur...." Tegur Sufi.

Rian mengeluh. Matanya terlirik pada jam dinding yang menunjukkan pukul 4.25 petang. Dahinya berkerut melihat jaket milik Nadzri yang jatuh pada pehanya.

Sejak semalam semasa bertemu Nazwan waktu kenduri, tingkah laku Nadzri semakin pelik. Pemuda itu jarang berbual dengannya.  Sepatah yang disoal, sepatah juga yang dijawabnya.

"Abang Nadzri dah balik ke?" Soal Rian. Sufi yang sedang menonton televisyen itu kembali memandangnya.

"Dah. Dia ada dalam bilik." Jawab Sufi selamba.

Tanpa pamit, Rian terus menuju ke bilik Nadzri di tingkat atas. Sufi hanya memerhatikan Rian lalu kembali menonton televisyen.

Rian memperlahankan langkah di hadapan pintu bilik Nadzri. Dia menggengamkan buku limanya lalu mengetuk daun pintu tersebut.

"A-Abang...." Panggilnya.

Tiada sahutan. Mungkin pemuda itu sedang tidur.Rian mengeluh.

Badannya disandarkan pada daun pintu. Dia memerhatikan jaket Nadzri yang dibawanya.

Hatinya terasa tidak senang. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

❆️❆️❆️

Taufik mengerutkan dahinya. Monitor komputernya diperhatikan sekali lagi. Benarkah apa yang dilihatnya sekarang ini?

"Tuan!" Panggil Taufik.

Komando Harith memandang Taufik dengan kening  terangkat. Dia melangkah mendekati Taufik.

"Kenapa ni?" Soalnya.

"Cuba tuan tengok ni."

Komando Harith juga terkejut melihat paparan pada skrin komputer itu. Dia merengus kasar.

"Aku nak kau rojer budak Leftenan Fauzi tu. Diorang ada dekat Langkawi kan?" Arah Komando Harith.

Tanpa membuang masa Taufik terus membuat panggilan. Nombor telefon Nadzri didail. Dia terus menerangkan apa yang telah terjadi kepada Nadzri apabila panggilan telah disambung.

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now