Should I let you know my feelings towards you?
Or just keep it as secret?
Should I?●️●️●️●️●️
Author's
Senapang diacukan pada sasaran. Das tembakan dilepaskan selepas menerima arahan daripada jurulatih. Bahunya sedikit terhinjut secara spontan selepas mendengar bunyi das tembakan yang kuat itu.
"Head shot!" Ujar si jurulatih beserta dengan senyuman kecil.
Nadzri mengukirkan sedikit senyuman. Dia terus bangun dari meniarap lalu terus meletakkan senapang di atas meja. Cermin mata pelindung dan penutup telinga juga ditanggalkan.
"Nadz!" Panggil Taufik sejurus membuatkan pemuda itu tertoleh.
Sejak diberikan tugasan untuk bekerjasama mengetuai operasi, hubungan dua pemuda itu menjadi semakin rapat. Meskipun begitu, terdapat juga selisih faham antara mereka. Sikap panas baran Taufik membuatkan Nadzri hanya menahan sabar dengan pemuda itu.
"Kau pergi mana setiap kali lepas habis kerja? Asyik menghilang je." Soal Taufik kedengaran curiga. Nadzri menaikkan keningnya.
Perlukah dia memberitahu yang dia pergi menjemput Rian dari sekolah kepada Taufik? Perlu ke?
"Kenapa kau tanya?" Soal Nadzri pula. Glove ditanggalkan lalu mula melangkah ke parkir kereta diikuti Taufik.
"Tak lah. Aku musykil dengan kau ni. Lepas waktu kerja je kau menghilang. Rushing pula tu." Ujar Taufik selamba. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar seragam celoreng PASKAl nya sambil merenung Nadzri.
Pemuda itu tergelak kecil.
"Sejak bile kau jadi personal assistant aku ni? Tiba-tiba je sibuk hal aku." Soal Nadzri. Dia membuka pintu keretanya lalu menghidupkan enjin. Kemudian pintu kembali ditutup lalu mata memandang ke arah Taufik dengan senyuman.
Taufik berdecit. Agak menyampah dengan balasan Nadzri. Pemuda itu langsung tidak menjawab soalannya.
"Sukahati kaulah. Aku just nak ambil tahu je. Dah lah chau lu. Esok jangan lupa hantar draft pada Chief Maznan. Karang tak pasal-pasal aku kene sembur sekali." Pesan Taufik.
Nadzri hanya ketawa kecil sambil mengangguk. Mereka melaga buku lima sebelum berpisah.
Nadzri terus masuk ke dalam perut kereta. Jam tangan ditilik.
5.30 petang... Nak pergi rumah Leftenan tak? Best gak buli Rian waktu-waktu tengah bosan ni AHAHAHHA!
Tanpa sedar, kereta Alza bewarna putih itu laju meluncur menuju ke rumah Leftenan Fauzi. Nadzri mengukirkan senyuman nakal sementara otaknya ligat memikirkan idea untuk menyakat gadis berusia 16 tahun yang sudah dianggap sahabat baik merangkap adik angkatnya itu.
❆️❆️❆️
"EEEEEE BENCI! BENCI! BENCI!" Melissa meraung melepaskan tangisan pada bantal empuk miliknya.
Telefon pintarnya sudah retak akibat dicampak ke dinding. Sungguh hatinya sakit melihat foto yang telah dihantar oleh Dania sebentar tadi.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...