ONE || The story begin

9.3K 297 130
                                    

Permulaan yang tersangat cliche dan hambar ") Enjoy! ^^

●️●️●️●️●️

Your smile, your eyes and your persona really make ma heart beats like crazy!

●️●️●️●️●️


Rian's

Kringgg!!!

Bunyi jam loceng yang bising itu menjalankan tugasnya untuk mengerakkan aku yang tak reti-reti nak bangun. Aku menekan punat supaya penggera itu berhenti buat bising sambil mata masih terpejam. Dan selepas itu, suasana pun kembali aman. Ahh sedapnya tidur walhal aku tak sedar masa semakin berlalu.

"Ya Allah! Abangggg awak tengok anak awak niiii tak reti nak bangun!" Suara Mama dari muka pintu menganggu lena aku. Aku terus bangkit dari katil menuju ke bilik air apabila mendengar perkataan 'abang' tadi.

Haih mama ni kerja nak mengadu je. Nasib baik ayah aku belayar sekarang tak ada lah telinga aku bernanah dengar ceramah di pagi hari ini.

Mandi? Hahah aku mandi koboi je weh! Tudung sekolah yang tersarung di kepala pun aku tak bela bebetul. Roti bakar di atas meja aku lahap segelojohnya. Ah, kisah apa aku dah lambat.

"Ha, Rian nak pergi mana?" Soal Mama. And i was like...

'Tadi Mama juga suruh cepat pergi sekolah kan?!'

"Pergi sekolah lah." Kata aku sambil tergesa-gesa mengikat tali kasut.

"Sarapan lah dulu." Kata Mama dengan tenang dan penuh bermaknanya. Aku menilik jam dinding yang menunjukkan sudah masuk 7.50 pagi. Ahh lambatnyaaaa!

"Tak apa lah, ma. Rian dah lambat!" Aku terus mengalas beg lalu bersalam dengan Mama. Apabila aku buka pintu, hari masih gelap? Aik dah nak masuk pukul 8 pun takkan lah langit biru lagi? Aku menilik jam tangan millikku. Hah?! Baru pukul 7.15 pagi?

"Wah, nice game, ma. Pagi-pagi dah prank Rian kan?" Aku memandang orang tua itu dengan pandangan tidak puas hati. Terus meletus tawa Mama aku. Haih, nasib mak je kalau tak dah lama smack down.

Aku pun melabuhkan punggung di kerusi. Roti bakar dan jem strawberri aku capai. Air milo diteguk. Suasana sunyi antara kami berdua. Hanya kedengaran bunyi mengunyah sekali-sekala daripada mulut kami.

"Rian, nanti balik nak mama ambil ke jalan kaki dengan Sufi?" Soal mama sekadar menghilangkan sunyi.

"Ahan ahi. " Dengan mulut yang penuh disumbat roti aku menjawab persoalannya. Tiba-tiba ibuku menghulurkan roti lalu disumbat lagi dalam mulut aku.

Ah apa ni ma?!

"Ha sumbat lagi sumbatttt sumbat lagiii! Anak dara apa ni." Ibuku menghentikan perlakuannya. Huhu apalah nasib dibuli oleh mama pagi ini. Brutal sungguh Puan Fatimah ni TvT

Oleh sebab cerita dah mula, baik aku memperkenalkan diri aku dulu lah eh? Okey, nama aku Rian Aryana Binti Fauzi. Aku anak bongsu daripada dua orang beradik. Kakak aku, Dian Alisha baru sahaja mendirikan rumah tangganya dengan seorang KAGAT yang bertugas di hospital dalam base ini.

(Tentera Darat yang bertugas dalam unit perubatan dan agama. Sebahagian KAGAT ini akan diarahkan bertugas tidak kira di pangkalan mereka, pangkalan tentera laut malah udara. Biasanya doktor di hospital tentera ni kebanyakkannya KAGAT.)

Sejak lahir, aku tinggal di dalam pangkalan ini. Kakak sempat juga merasa berpindah dari Sabah ke sini tetapi aku? 3 tahun lagi ayah aku akan pencen jadi aku tak akan berpindah dah. Huhu nak merasa gak kenal bermacam jenis ragam orang.

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now