TWENTY-TWO || Sacrifice

2.5K 115 43
                                    

Every love requires sacrifice,
So does our's...
●️●️●️●️●️

Author's

Bunyi titisan air serta bunyi asahan pisau memenuhi segenap ruang bilik yang usang itu. Bibir pemuda berdarah Siam itu mengukir senyuman sinis yang menghiasi wajahnya.

"Make sure kau orang tak apa-apakan dia. Ingat...dia cuma umpan." Tegas lelaki tua itu memberikan amaran kepada dua orang anak buahnya yang sedang asyik bersiap untuk menjalankan misi mereka.

Ren tertawa sinis dia menolehkan wajahnya ke arah Dato' Khalid lalu melangkah mendekatinya sambil bermain-main dengan pisaunya.

"Don't worry...we won't..." Ujar Ren beserta senyuman. Kerusi di hadapan Dato' Khalid itu ditarik lalu melabuhkan punggungnya disitu ; kakinya disilangkan.

Dato' Khalid tersenyum. Dia memalingkan wajah ke arah monitor komputer yang memaparkan aktiviti konco-konconya yang lain. Terdapat berguni-guni beg dadah diangkut masuk ke dalam trak.

"Kau tunggu jelah...sekelip mata saja aku boleh hancurkan hidup kau. Seperti mana bapak kau buat pada keluarga aku dulu..." Bisik Dato' Khalid sendiri dengan nada yang penuh dengan dendam.

Segala memori pahit zaman mudanya kembali menjengah ke mindanya. Perkahwinan adik perempuannya, Dayana dengan Nasrul menjadi punca berpecah-belahan keluarga mereka.

Dayana yang terlalu menyayangi pemuda itu sanggup mencalarkan maruah keluarga mereka semata-mata demi cinta. Sanggup melepaskan harta dan lari mengikut Nasrul.

Dendam Dato' Khalid semakin mendalam apabila mendapat tahu Jasmina jatuh cinta dengan Nazwan yang merupakan anak kepada Dayana dan Nasrul. Dia tidak mahu pokok pisang berbuah dua kali. Jika dendamnya tidak terbalas pada Nasrul, sudah tentu orang lain yang akan menjadi sasarannya.

Dato' Khalid menggengam erat buku limanya.

"The real drama has just begun..."

❆️❆️❆️

22 tahun lalu

"Arghh! A-yah...ayah...sa-sakit..."

"Arghhhhhh!"

Air mata semakin deras mengalir. Sungguh kudratnya semakin lemah dilibas berkali-kali dengan tali pinggang oleh bapanya.

Tan Sri Mikael semakin menggila. Langsung tiada secebis rasa belas kasihan melihat tubuh anak gadisnya yang sudah merengkot terbaring di atas lantai.

"Aku dah kasi segala kemewahan semasa membesarkan kau. Semua kau nak aku bagi. Tapi macam ni ke cara kau balas budi aku!? Apa yang kau tak puas lagi?!Apa yang kau nak sebenarnya,Yana?!" Tengking Tan Sri Mikael kuat sehingga bergema seluruh banglonya.

Sungguh panas hatinya mendapat tahu anak gadisnya yang selama ini disayangi, dimanja serta dibelai dengan kasih sayang sanggup menconteng arang ke mukanya. Maruah serta kedudukannya sebagai ahli koperat tercalar.

Dayana yang sudah longlai dilibas itu cuba menguatkan dirinya. Meskipun tubuhnya terasa kebas dan sakit dia cuba untuk mencapai kaki bapanya.

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now