FOURTEEN|| Enemy???

3.1K 116 0
                                    

It ain't easy... to make your lovely one comfort with me.... but i don't want an enemy
●️●️●️●️●️

Author's

Empat orang sekawan yang berkumpul di meja kantin sekolah itu sedang leka bergelak ketawa sambil menjamu selera. Rian dan Amyra galak mengetawakan gelagat Afiesya dan Sufi yang sering bertengkar itu.

"Ha, padan muka siapa suruh gatal nak usha anak teruna orang? Dah maluu..." seloroh Sufi sambil mempamerkan senyuman nakal kepada gadis itu.

Afiesya merengus kegeraman. Dia semakin bertambah geram apabila Rian dan Amyra selamba mengetawakannya. Wajahnya semakin membahang kemerahan.

"Alah, abang 'Botak' tu bukan reject aku pun! Dia siap minta number lagi!" Ujar Afiesya bernada riak. Serta-merta senyuman Sufi semakin memudar. Dia mengalih perhatian ke arah Rian dan Amyra yang sudah berhenti ketawa.

Rian menganggukkan kepala dengan sisa tawanya memandangkan dia dan Amyra sajalah saksinya.

"Weiiii! Rian, Amyyyy cepat sikit lariii abang2 paskal tu kejar cinta aku ni cepat lahhhh!!!!!" Teriak Afiesya selamba lalu terus berlari sambil menjerit-jerit takut kononnya. Habis kawasan kediaman blok bujang itu bergema dengan suaranya seorang.

Rian dan Amyra yang masih blur itu menoleh ke belakang. Membuntang mata mereka apabila kelihatan  sepasukan pasukan elit tentera laut  yang berjoging dalam barisan itu semakin mendekati.

Terus Amy menarik lengan Rian supaya memberikan laluan kepada mereka. Dua orang gadis itu melepaskan tawa melihat wajah memerah Afiesya yang berpatah balik kepada mereka.

"Malu?" Soal Rian lalu selamba melepaskan tawa. Begitu juga Amyra.

"Tu lah.... siapa suruh menjerit?"  Giliran Amyra pula menaikkan darah Afiesya.

Bebelan Afiesya yang tiada penhujungnya itu hanya diabaikan. Sebaliknya mereka berdua hanya ketawa terbahak-bahak apabila teringat adegan Afieyaa berlari dengan laju sambil berteriak. Semua orang menumpukan perhatian terhadapnya.

"Bukan kemain tinggi volume suara kau sampai burung kat pokok tu pun lari!" Ujar Amyra.

"Eeeee mana adalah!"

"PERGHHH KALAH DATO SITI BHAIII" Sahut Rian lalu ketawa kuat. Habis hilang ayunya.

"Ngek! Jahanam sial kau orang ni!"

"Eherm eherm.... excuse me?"

Satu suara garau menghentikan segala aktiviti mereka. Serentak tiga orang gadis itu menoleh ke belakang. Kelihatan dua orang anggota paskal memandang ke arah mereka dengan senyuman. Suasana antara mereka sunyi sepi.

"Aik, awat diam? Tadi galok sangat sangat abang tengok hampa gelak. Sampai ujung sana nuh dengaq!" Seloroh salah seorang daripada mereka.

Rian mencuri-curi melihat tanda nama mereka.

Taufik.... Alif...

"Eh, kami ni terkejut je tengok abang tiba-tiba mai tu yang diam. Hahahaha." Balas Afiesya selamba. Rian hanya mengeleng melihay dua orang rakannya.

GEDIK!

Sedang mereka leka berbual, Rian selamba menarik hoodie yang dipakai Amyra dan leher baju Afiesya.

"Oklah,bang. Kami nak sambung jog ni. Nanti parents marah pula balik lewat.bye!"ujar Rian selamba. Lalu menarik dua orang rakannya itu.

" Alah, Rian aku tak sempat bagi number lagilahhhh abang tu mintaaaaa"

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now