SEVEN||Trying

3.7K 159 27
                                    

Ops! Terpanjang hahah! Sorrylah icey tak pandai nak berhenti bila start typing hahahahah!

Btw next update malam ni!

Enjoy ^^ ❆️❤️❤️❤️

●️●️●️●️●

I always
TRYING to know you...
TRYING to understand you...

TRYING to be with you,take care of you and also TRYING to get your attention
Olaf....
●️●️●️●️●️

Nadzri's

The club isn't best place to find a lover so bar is where i go
Me and my friends at the table doin' shot drinking fast while we talk slow....

Bibir nipisku terkumat-kamit bernyanyi  sambil tangan ligat membela rambut di hadapan cermin. Minyak wangi di atas meja solek di capai lalu disembur.

T-shirt hitam-merah Polo dan seluar jeans yang elok melekat di tubuh aku tilik semula di cermin. Manalah tahu ada tercacat di mana-mana celah ke.

Setelah puas dengan pernampilan aku mengerling ke arah Fahmi yang masih tidur.

Aku mengeluh.

"Muhd Fahmi Aryan. Matahari dah tegak atas kepala pun kau tak bangun lagi. Apa nak jadi kau ni? Bla...bla.. bla...."

"DIAMLAH!"

PUK!

Aku terus berhenti berleter apabila seketul bantal yang dipenuhi air liur basi selamat mencium wajahku. Aku mengerling Fahmi yang kembali menyambung lenanya. Nice, Mi.... NICE!

Aku mengelengkan kepala. Mamat ni masih merajuk dengan aku sebab marahkan dia semalam. Haih.... macam perempuan lah kau ni Mi.

"Dah lah tu merajuknya." Ujarku lembut. Tetapi tidak ada reaksi pun daripada dia.

"Aku nak pergi berjalan ni." Ujarku lagi

"Pergi mana?" Fahmi terus bangun dari baringnya. Dia memandang aku dengan pandangan penuh dengan harapan. Ceh! Nak kene umpan baru nak bangun.

"Pergi Klang then petang ni nak balik Perak dah." Balasku. Fahmi mengangguk.

"Dah kemas-kemas aku inform dekat yang lain." Sambungku lagi.

Keluar sahaja dari bilik bau masakan dari dapur menerobos masuk ke hidungku. Aku terus melangkah ke sana. Kelihatan kaum hawa sibuk menyediakan makanan tengah hari.

Niena sudah pulang selepas sarapan  tadi. Chief Azhar memanggilnya. Katanya ada urusan penting.

Rian yang sibuk menyiang sotong di sinki aku dekati. Dia toleh ke arah aku dan pandangan kami bertaut sebentar.

Gadis itu mengerutkan dahinya.

"Abang nak pergi mana wangi-wangi ni?" Soalnya blur. Aku mengeluh. Terus mataku dialihkan dari memandang matanya. Budak ni blur lah

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now