How bad are you, how sucks are you and how much worst are you... you still be apart of me bitch...
●️●️●️●️●️Author's
Nadzri perlahan-lahan meletakkan tubuh gadis yang menumpang badannya tadi di atas bangku taman tersebut. Tubuh tegapnya dipusing menghadap ke arah Rian yang sedang mengesat air matanya.
Nadzri melutut mencari wajah Rian yang diselindungi telapak tangannya. Saki baki nasi lemak dan mi goreng di atas kepala Rian dikibasnya.
"Rian... kenapa ni?" Soal Nadzri lembut. Dia mendongak sedikit wajahnya memandang mata bundar milik Rian yang sudah merah kerana menangis.
"Tak ada apa..." jawab Rian bersahaja. Wajah Nadzri langsung tidak dipandangnya. Debaran yang kian meningkat di dada cuba diabaikan lagi-lagi apabila anak mata milik pemuda itu sedang mencari anak matanya.
"Siapa diorang tadi tu? Kenapa diorang buat Rian macam ni?" Soal Nadzri kedengaran tegas. Pemuda itu berasa tidak begitu puas hati dengan balasan daripada Rian. Gadis itu menyembunyikan sesuatu.
"Diorang budak-budak nakal dekat sekolah. Memang tak boleh tengok orang senang. Abaikan jelah diorang." Jawab Rian endah tidak endah.
Nadzri mengeluh. Riak gadis itu seperti hendak mengelak daripada menjawab soalannya. Tidak mahu memaksa, Nadzri memegang pergelangan kaki Rian berlapikkan seluar treknya lalu selamba membuka kasut dan stokin milik gadis itu.
Terbeliak mata Rian dengan tindakan bersahaja pemuda itu. Tidak semena kakinya 'ternaik' menendang muka Nadzri.
"ADUHHH!" Nadzri melepaskan kaki Rian lalu memegang hidungnya yang terasa sakit ditendang Rian.
"Abang buat apa ni?!" Soal Rian tegas. Matanya tajam mengerling wajah Nadzri yang sudah memerah menahan sakit.
"Abang nak check jelah. Bukan nak ngap pun! Gelabah sangat tu kenapa?" Soal Nadzri sinis seraya membuatkan Rian termalu sendiri kerana terlalu gelabah.
Rian mengigit bibir bawahnya kuat menahan malu. Dapat dia rasa mukanya membahang.
Kan dah malu sendiri!
Sekali lagi Nadzri mengangkat kaki gadis itu lalu matanya tertancap pada kesan lembam biru-biru dia sekitar pergelangan kaki Rian. Mungkin kesan akar pokok atau batu yang disepak oleh Rian semasa lari tadi.
Rian memandang Nadzri yang turut memandangnya. Tidak tahu kenapa masa terasa berlalu dengan lambat. Renungan Nadzri membuatkan jantung milik Rian semakin berdebar tidak mengikut tempo.
"Jom pergi klinik." Suara Nadzri menyentakkan Rian yang sedang mengelamun. Nadzri bangun lalu menarik lengan Rian perlahan untuk turut berdiri.
Badan Rian dipapah oleh Nadzri untuk melangkah ke kereta. Rian hanya diam mengikut langkah pemuda itu. Nafas berat dilepaskan.
It's not your day, Rian....
❆️❆️❆️
"Ingat, sapu ubat ni kalau nak kaki cepat sembuh. Jangan lasak sangat nak main tendang-tendang. Karang patah pulak kaki tu abang tak tahu... Lutut tu pulak. Abang dah banyak kali pesan warm-up dulu sebelum jog. Kan dah sakit lutut tu. Ha degil lah lagi. " bebelan Nadzri itu cuba untuk diabaikan. Haih boleh tahan kepoh juga mulut Nadzri ini. Kalahkan mak nenek.
YOU ARE READING
I Love You! Abang Navy
Romance『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak s...