TWENTY-ONE || Don't go

3.1K 140 43
                                    

The hardest thing to do in my whole life is leaving our sweet moments and left you only the darkness....

"Don't leave me..."

️●️●️●️●️●️

Author's

Sudah hampir seminggu Rian berada di rumah datuknya di Langkawi dan sudah masuk lima hari Leftenan Fauzi pergi menjalankan misi . Rian merenung jauh ke luar tingkap. Hatinya serba tidak kena. Dia begitu risau akan keadaan bapanya.

Air mata menitis membasahi pipinya. Dia sememangnya lemah,langsung tidak terdaya untuk menahan air mata. Rian mengesat air matanya,bibirnya digigit kuat cuba menahan tangis.

"Hei......." Tegur seseorang memecahkan kesunyian. Rian menoleh ke arah Nadzri.

Nadzri melabuhkan punggung sebelah Rian mug berisi air coklat suam dihulurkan kepada gadis itu. Rian mengesat air mata lalu menyambut mug tersebut.

Air tersebut diteguk rakus. Nadzri yang memerhati sedari tadi mengukirkan senyuman. Rian memandang Nadzri.

"Kenapa?" Serak suara Rian menyoal. Nadzri mengeleng lalu mengambil mug kosong itu dan diletakkan di atas meja kopi bersebelahan dengannya.

"Jom." Ujar Nadzri. Rian mengerutkan dahi.

"Pergi mana pula?" Soal Rian geram.

Dia tak tahu ke orang tengah sedih ni?

"Alah jom jelah. Daripada Rian takung air mata dekat sini baik ikut abang makan angin. Tak adalah rumah atuk ni banjir." Seloroh Nadzri lalu terus menarik tangan Rian.

Rian berdecit. Orang nak feeling-feeling sedih sekejap pun tak boleh.

Hampir setengah jam Rian berdiam diri. Tidak tahulah kemana Nadzri mahu bawanya. Wajah tenang Nadzri itu dijeling.

"Apahal?" Soal Nadzri tanpa menoleh. Rian mencebik.

"Abang ni.....langsung tak faham Rian...." Ujar Rian geram.

Nadzri mengerutkan dahinya lalu tertawa kecil. Dia menekan brek kereta lalu menyandarkan diri pada kusyen kereta. Wajah muncung Rian dipandang.

"Dah kenapa ni?" Soal Nadzri lembut. Rian menolehkan wajahnya ke arah tingkap. Tidak mahu memandangnya.

Nadzri ketawa lagi. Rian mengetap giginya geram. Dia menoleh menjeling Nadzri tajam.

"Ee! Tengok tu! Orang tengah marah boleh lagi dia gelak." Bentak Rian geram.

"Rian lah badmood memanjang. Abang tanya tak nak jawab. " Balas Nadzri lagi. Kepalanya disandarkan pada kusyen kereta sambil mata tidak lepas memandang Rian.

"Abang ni.... Rian risau kat Baba lah! Abang bolehlah duk goyang kaki senang- lenang. Abang bukan anak dia....." Ujar Rian lalu automatik mengalirkan air mata.

Nadzri menaikkan keningnya. Macam-macam sajalah Rian ini. Memeningkan betul.

"Siapa cakap...."

I Love You! Abang Navy Where stories live. Discover now