Bab15 - Mama

160 21 1
                                    

Hampir enam bulan menetap di Mechanicville. Sebuah bandar yang terletak di dalam Saratoga County, New York.

Aku memandang keatas. Langit yang dipenuhi dengan bintang menunjukkan bahawa malam ini hujan tidak akan turun. Dia tersenyum nipis melihat keindahan alam itu.

Secara tiba tiba otak mengulang tayang memori manis dia bersama.....

"Hui ~ buat pe kat sini ?"

"Oh, Yana duduk lah sini. Kalau awak nak lah..."

"Boleh eh ?"

Dia mengangguk kecil.

"Saya suka permandangan kat sini. Aman, damai. Cantik pula tu."

"Cantik kan ! Saya teringin nak ke bulan." Yana berkata dan kemudian mengeluh.

"Haha pergi lah. Risiko amat tinggi. Tapi.... kalau awak pergi sana sape nak teman kita ?" Kata gadis didepannya seolah olah berkecil hati.

"Erm.....Ziq maybe ?"

"Yana ! Ish Haziq ? Awak kata Haziq yang teman saya ? Memang tak lah...lagipun dia bukan boleh duduk serumah ngan kita. Ish tak nak lah lelaki !"

Yana dah gelak terbahak - bahak di sebelahnya. Mukanya dah merah padam tahan amarah yang menggelegak bila kembarnya itu tak habis habis kaitkan dia dengan Hafiz, anak jiran sebelah.

"Gurau je." Kata Yana dalam sisa tawanya.

Suansana sunyi kembali. Masing - masing menikmati permandang yang indah itu. Sungguh mereka berasa tenang disitu.

"Yana...yana tahu tak ?"

"Apa ?" Soal Yana kembali tanpa berpaling.

"Bintang tu...macam kita kan ?"

"Maksud awak ?" Soal Yana dan kemudian berpaling kearah kembarnya.

Hidayah membetulkan kedudukan menghadap Yana.

"Langit tu.... ibarat hati kita. Awak anggap macam langit tu putih, suci sesuci hati kita waktu kita baby dulu. Kemudian, kita membesar dan membesar. Tanpa sedar dalam setiap perbuatan harian kita, kita ada buat salah, benda yang mendatangkan dosa. Awak ingat lagi hadis yang menerangkan tentang hati ?"

Yana seakan ragu ragu nak menjawab. Dia mengeleng sahaja. Hidaya tersenyum. Jarang Yana nak jujur bila disoal sama ada ingat atau tidak. Tak mahu nampak lemah katanya.

" Erm....'Daripada Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya apabila seseorang melakukan dosa, nescaya akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia bertaubat, maka terhakislah titik hitam tersebut. Jika ia tidak berbuat demikian, titik hitam tersebut akan terus merebak hingga ke seluruh hatinya sebagaimana firman Allah bermaksud: "Sebenarnya tiada cacat kepada ayat-ayat Kami, bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran disebabkan perbuatan kufur dan maksiat.'(Riwayat Tirmizi)."

"Faham ?"

Yana menangguk.

Dan setitis demi setitis air matanya jatuh kebawah.

Tempat yang sama.

Dia.

Dayah.

Menasihat.

Menghabiskan masa dengan meluahkan segalanya.

"Dayah....aku rindu kau."

"Mama uat ape dekat cini ?" Dia tersentak.

Cepat cepat mengelap air matanya. Baru lah dia berpaling. Hayyan dan Haida di muka pintu.

"Eh...kenapa tak tidur lagi ?"

"Mama...mama...bed time story please." Pinta Hayyan.

Sungguh hati aku tersentuh apabila melihat dua anak kecil ini.

"Mama...can I ?"

"Sure. Come Ida." Aku mendukung Haida dan memimpin tangan Hayyan masuk ke dalam.

"Okay. Mama cerita pasal Saidina Umar okay ?"

Hayyan mengangguk seperti seekor ayam mematuk. Comel. Haida hampir tertidur di pangkuannya.

Hayyan kanak kanak lelaki berumur 4 tahun dan Haida adik perempuannya berumur 2 tahun.

"Dulu masa zaman Jahiliyah iaitu zaman Nabi Muhammad SAW masih belum ditabalkan sebagai Rasul."

"Sollallahua'laihiwasalam." Balas Hayyan.

Pandai macam bapaknya.

"Masa tu Saidina Umar membunuh anak perempuannya dengan kejam sekali. Dia benci Nabi SAW. Satu hari, ada orang memberitahunya bahawa adik perempuannya memeluk Islam. Dia marah sangat. Dia mahu membunuh adiknya. Bila dia sampai didepan pintu rumah adik, dia terdengar adiknya tengah membaca AlQuran. Secara tiba tiba api kemarahan yang tadinya besar dan susah dikawal, sekelip mata terpadam dengan mudah. Ketika itu adiknya membaca surah Taha, ayat 1-5. Dan kemudiannya beliau pun memeluk Islam dan ingin berbakti kepada Rasulullah dan Islam sampai akhir hayat nya. Jadi apa pengajaran yang Abang dapat ?"

Hayyan menggosok bahagian dagunya. Seolah olah memikir sesuatu. Dia tersenyum melihat gelagat anak sulung Adrian itu.

"Hmm....jaga wanita ?"

"Pandai !! Sepuluh markah untuk Abang !!"

Dia tersenyum sambil menepuk tangan gembira.

"Tapi ada lagi. Iaitu cara kita nak kawal marah kita sebagai muslim kena ambik wudhuk, membaca AlQuran atau solat dua rakaat. Satu lagi, Abang dengan adik boleh baca surah Taha ayat 1-5 sebagai penerang dan juga dapat melembutkan hati. Faham ?"

Hayyan terangguk angguk.

"Assalamualaikum wbt."

"Waalaikumussalam wbt."

"Daddy...daddy..." Rengek Si Comel atas pangkuan aku.

"Ida...come here sweetie. Awak penat kan ? Pergi lah tidur. Saya jaga dorang."

Haida bertukar tangan. Aku keluar dari bilik Si Kecil. Langkah terhenti mendengar pertanyaan Hayyan kepada Adrian.

"Daddy I want to sleep with Mama, please !" Hayyan buat muka comelnya yang tulus dan ikhlas.

Aku memandang Adrian. Adrian mengangguk. Hayyan bersorak gembira.

"Daddy....sleep mama."

Akhirnya Adrian memberi kebenara untuk aku tidur bersama sama mereka. Mereka menjerit gembira.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Got to sleep bye !! Vote please !! Thanks ❤️

1 | D'YanaWhere stories live. Discover now