Bab21 - Kisah Lama

139 21 2
                                    

"Nah...relaks lu. Dah tenang baru gi tanya dia. Tak yah nak kalut kalut sangat." Kata dia sambil menghulurkan air kosong.

"Macam mana nak tenang ? Along tak tahu apa syaz rasa. Senang ah nak suh syaz tenang." Jawab aku sinis.

"La tahzan wa la takhaf innallaha maana."

*Jangan bersedih dan jangan takut sesungguhnya Allah bersama kamu.*

"Dah...sabar. Adalah hukmah kenapa dia buat semua ni kat syaz. Mungkin syaz tak sedar salah syaz. Jadi Allah tarik kebahagiaan syaz dengan dia selama lima tahun untuk syaz menginsafi diri syaz sendiri. Syaz ingat apa yang buat dia makin suka menyendiri ?"

Aku terdiam. Ya...aku masih ingat. Kebakaran dan....

Flashback

Enam tahun yang lepas

"ASSALAMUALAIKUM DAN SLAM SEJAHTERA. DISINI SUKACITA CIKGU MAKLUMKAN BAHAWA DALAM MINGGU INI ADA LATIHAN KEBAKARAN. MASA ADALAH SECARA TEMBAKAN RAMBANG, SIAPA KENA DIA LARI. YANG DALAM TOILET TENGAH BERAK SEKALI PUN. LARI !! BIAR BERTABUR TAIK TU. JANJI KAMU SELAMAT, FAHAM ? OKAY ITU SAHAJA BYE BYE !!"

"Yana tak payah dengar apa cikgu sally cakap. Latihan jer. Slow slow."

"Tapi..."

"Dengar je apa saya cakap."

"Okey"

"Cepat masuk kelas, okay ? Jumpa time rehat kat depan bilik musiz."

Yana hanya menurut. Syazwan dan Yana bergerak ke kelas.

Habis kelas biologi yang membosankan bertambah lagi dengan duduk di dalam makmal biologi yang terletak paling jauh antara semua makmal.

"Yana...jom rehat." Ajak Hana.

"Jom...eh jap aku cari dompet aku jap. Kau pergi lah dulu okay. Bye."

"Haa okay okay. Bye" Hati Hana berat nak meninggalkan Yana tapi....

Ceh ! Macam mak la kau !

"Ish...mana pulak dompet aku ni ?"

Yana duduk di dalam kelas sebentar sambil berfikir.

Mana ek aku letak dompet tu ? Erm....oh ya !! Makmal bio ! Aish...malas la wei !! Lantak ah makan punya pasal aku sanggup !

"Eh yana ? Nak gi mana ?" Tegur Nasrul.

"Aku gi bio lab jap. Barang tinggal. Kau pergilah dengan dia orang dulu."

Nasib Nasrul tak banyak tanya. Kalau tak melepas nak makan benji cafe yang sedap tu. Okay jom pergi cepat.

Cari punya cari. Jumpa kat bawah meja yang aku duduk tadi. Tiba tiba pintu tertutup. Aik ? Hujan takdak ribut takdak ? Tang mananya nak nak berangin ? Bulu roma aku ternaik.

Ah !! Abaikan janji dapat dompet aku, dah boleh nak beli makanan.

Aku cuba menolak pintu. Aik keras naw.... tiba tiba aku terdengar satu suara memanggil nama aku. Aku cepat cepat pusing.

Tak ada orang pun.

Tah tah......ish !!

Aku cuba buka pintu lagi. Keputusan tetap sama...... Tak boleh !!! Huaa !!! Tolong aku !! Macam mana ni.

Suara tadi berbunyi lagi. Kali ni makin kuat. Dan dekat. Aku terasa sesak nafas. Ya Allah selamatkan hamba mu ini.

"Hana Jiha, mana Yana ?" Tanya Syazwan.

1 | D'YanaWhere stories live. Discover now