Bab17 - Adam

145 19 0
                                        

TIGA TAHUN KEMUDIAN.....

Tengah hari ini aku bercadang nak duduk dirumah sahaja.

"Mama..."

"Ya...abang nak apa sayang." Dengan lembut aku menjawab.

"Lapar....nak makan." Rengek Hayyan.

Mukanya dicomelkan yang membolehkan sesiapa memandangnya terus berlembut hati. Termasuklah aku.

"Okay...nanti mama masak, nak --"

Can I call you baby ~

Telefonnya berbunyi. Terpampang nama Adrian diskrin Iphone nya itu.

"Kejap ya sayang Daddy call."

Hayyan terus duduk diam mendengar nama daddy nya disebut.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam WBT, Yan boleh tak hantarkan fail saya. Ada dalam library. Kunci minta mummy saya. Nanti saya suruh Karl hantar awak kesini."

"Ouh boleh"

"Okay. Terima kasih,"

Panggilan dimatikan. Aku mencari mummy di dapur. Suka sangat berbual a.k.a bergosip dengan Mak Jah, Kak G dan Kak Iss.

Sewaktu aku meminta kunci dari mama dia berkata.

"Wah...tak penah ada orang masuk dalam library tu kecuali Adie. Mummy pun tak penah. Mummy pegang kunci jer."

Aku hanya tersengih sengih macam kerang wangi kat situ. Lepas itu berlalu ke luar, Karl dah menunggu. Tapi bila aku buka je pintu kereta.

"Mama !!! Nak ikut !!"

Dua orang budak kecil yang comel dah dalam kereta itu. Aku hanya menggeleng sebelum mengangguk tanda membenarkan. Mereka bersorak.

Aku meminta izin mama juga.

"Aunty...saya bawa Hay dengan Ida tau."

"Bawa lah Yan...daripada terkurung dalam rumah ni baik bawa jalan jalan."

Sampai sahaja depan banggunan RYAN HOLDING. Aku tergamam sebentar. Cantik. Besar. Ditengah tengah bandar Mechanicville.

"Madam Diana ?"

"Yeah...Adrian ada ?"

"Ada. Tingkat 11."

"Okay thanks."

Tangan kanan aku memegang tangan kecil Hayyan yang sedang memegangkan fail hitam milik Adrian. Sebelah lagi aku mendukung Haida.

Aku mengetuk pintu. Bila diberi keizinan untuk masuk. Baru aku buka pintu.

"Suprise !!! Daddy !!" Jerit Hayyan gembira.

"Eh....laa...awak tak bagi tahu nak bawa diorang sekali."

"Sorry. Diorang yang tiba tiba dah dalam kereta tak sampai hati nak tinggal."

"Awak dah makan ?"

"Belum. Fikir nak masak tadi tapi awak call macam penting aje fail tu. Tu yang pergi sini dulu."

"Oh sorry. Abang dah makan ?"

"Belum ! Nanti Daddy bawa pergi makan kan yeay !!!"

Adrian dan aku saling berpandangan. Aku tergelak kecil melihat muka berkerut Adrian.

"Okay !! Tapi Hay kena tolong daddy."

"Tolong apa ?"

"Tolong....cium pipi daddy."

1 | D'YanaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang