Flashback
Tiga tahun lepas
Ketukan dari pintu depan rumah agam ni mengganggu rehat aku. Dengan malasnya aku membuka pintu. Dia memberi salam. Aku menjawab dan memandang muka yang sedikit menunduk itu.
"Yan ?"
"Adrian....help me please,"
"But why ? Awak datang seorang je ke ? Syazwan ? Dhia ? Mana yang lain ?" Aku bertanya sambil memanjangkan kepala ke belakang mana tahu menyorok ke apa kan.
"Sorang je Ad."
"Okay...masuk lah."
Tiba tiba....
"Mama !!!!"
"Eh ?!" Yana tersentak apabila kaki dia dipeluk oleh anak anak aku.
"Hay..."
"Mama, why did you leave me alone ?" Tanya Hayyan yang hampir menangis.
Yana memandang aku dengan pandangan kenapa-dengan-diaorang ?
"Hay, Ida...Okay mama penat tu. Come."
Hayyan dan Haida bergerak ke arah aku dengan terpaksa.
"Mak Jah...tolong tunjukkan bilik untuk Yan. Terima kasih."
"Mari puan..."
Yana hanya menurut.
Selepas aku menidurkan Hayyan dan Haida aku keluar untuk ke bilik aku. Sekarang sudah masuk jam sebelas malam.
Baru sahaja nak menutup lampu ruang tamu. Aku terlihat pintu masuk untuk ke taman terbuka. Aku menjenguk. Diana.
"Yan okay ?"
Dia sedikit terkejut.
"Yan terbuat Ad bangun ke ? Sorry la..."
"Tak..tak pun. Hayyan baru dapat tidur. Dia asyik menangis jer."
"Tapi kenapa ?"
"Rindu Adriana."
Kami mendiamkan diri. Lama.
"Yan...sanggup tak jadi mama diorang ?"
"Insyaallah Ad. Yan sanggup sebab Rian banyak tolong family Yan masa dia hidup,"
"Nanti Ad masukkan duit dalam akaun Yan yer." Ujar Adrian lagi.
"Yah....no. Tak pe la Ad. Yan ikhlas nak jaga diorang. Lagipun diorang dah jadi macam adik Yan sendiri. Kesian. Mesti diorang nak kasih sayang seorang ibu. Lagi lagi Haida."
"Okay. Ad percaya Yan tau ! Anyway take care too. Yan macam 'org mati' tau Ad tengok. Dah jangan sedih tau. Mereka ada kat syurga Insyaallah."
"Insyaallah"
"Nanti Ad suruh Mak Jah sediakan bilik untuk Yan okay"
"Okay."
End
.
.
.
.
.
.Flashback
Setahun yang lepas
"Apa ?! Yana dah balik ?"
"Ya...tapi tu la. Uncle tak tahu dia duduk kat mana sekarang."
"Jadi uncle...macam mana uncle tahu dia dah balik ?"
"Aunty bagi tahu uncle. Uncle tak tahu la dari mana aunty tahu."
"Ouh...okay takpe la. Terima kasih uncle. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
.
.
.
.
.
.Masa kini
"Woi syaz !"
"Apa kau !" Marah aku balik.
Eh sengal la Zul ni. Aku tengah bad mood ni la nak muncul !
"Pikir apa tu ?"
"Masalah dunia yang nak kiamat ni."
"Argh.....sentap bro."
"Dah ah kau ! Nak apa ni ?"
"Tak de ah saje lawat kau."
"Ok. Eh, mana Hana dengan Zarif ?"
"Hana dengan Zarif kat luar. Lepasni Hana nak gi jumpa kawan dia. Studio mana tah."
"Untung la anak dengan isteri kau. Suaminya baik ~~"
"Kau apa kurangnya. Tu si riha tu. Manoi ?"
"Mati dah kot."
"Woi !! Kau ni kalau tak suka dia kenapa kau sanggup tunang denga dia eh ? Dua tahun dah kau orang tunang kan ?"
Aku memangkat bahu. Malas layan.
"Mama aku nak tengok menantu."
"Tapi hati dengan perasaan tak leh buat main tau !"
"Dah lantak dia ah. Aku nak ikut kau boleh ?" Aku mengelip kan mata. Manja.
"Pikir comel ah ! Hodoh adalah !"
"Hek eleh...boleh ke idok ?"
"Jom ah. Nanti boleh teman aku masa Hana jumpa kawan dia."
Kemudian aku dan Zul keluar dari office aku. Aku pergi dengan kereta Zul. Haha pemalas kan aku ? Dah tahu dah.
"Abang, Hana dengan If pergi dulu ya. Nanti Hana call."
"Baik. Abang pergi kedai sebelah je."
Selepas kelibat Hana dan Zarif hilang dari pandangan. Aku bertanya.
"Buat pe kat sana ?"
"Hana ? Studio tu ada buat pameran lukisan. Berminat ? Kau nak gi ke ?"
"Boleh gak. Dari lepak je. Baik lepak kat kedai aku free free dapat coffee dengan makanan lagi."
Aku dan Zul tergelak. Kemudian kami masuk kedalam studio itu.
"D'Yana Studio." Aku membaca dengan perlahan apa yang ada di pamplet itu.
Yana. Diana. D'Yana.
Sama ! Adakah itu dia ? Tapi betul ke ? Hmmm perlu tanya Abang Adam dulu.
Entah kenapa dalam banyak banyak lukisan di dalam studio ni. Aku hanya tertarik dengan satu lukisan ni. Temanya 'MY EYES'.
Seorang perempuan bertudung warna merah. Anak mata yang diwarna kan dengan warna coklat. Bulu mata lentik. Sebelah mata diwarnakan sedikit biru cair seakan akan air mata. Sebelah lagi diwarnakan dengan warna merah.
Menandakan betapa sakitnya empunya mata itu. Tetapi bibirnya tidak lepas dari mengukirkan senyuman.
Aku tidak tahu mengapa. Tapi aku merasakan empunya mata itu ialah seseorang yang aku kenal.
Aku berjalan kearah Zul yang sedang melayan anaknya, Zarif. Aku berbisik seuatu dan terus ke luar dari studio itu.
Aku menelefon seseorang. Selepas panggilan dia angkat.
"Ambik Syaz kat D'Yana Studio."
Panggilan di matikan. Sebuah kereta Myvi bewarna biru diberhentikan didepan aku. Aku terus masuk.
"Jumpa klu ke ?"
Aku mengangguk.
"Dia dah balik kan ?" Giliran aku bertanya.
"Dah. Dua tahun yang lepas lagi."
Aku mengangguk.
Kenapa dia merahsiakan dari aku ? Aku tak penting ke bagi dia ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Sorry pendek. Busy minggu ni.
Vote please ~
Thanks muah 😘❤️
YOU ARE READING
1 | D'Yana
Teen FictionKarya Pertama NAHS Syazwan || Diana Engku Diana Haisya. Gadis periang suatu masa dahulu, sebelum gaya hidupnya bertukar menjadi seorang yang pendiam. Perpindahan keluarganya ke Kuala Lumpur telah menyatukan Yana dengan sahabat lamanya. "Engku Diana...