"Diana Haisya !" Dia memanggil untuk kali kedua.
Aku menghentikan langkah. Lambat lambat aku berpaling. Aku mengangkat kening tanda Apa-Kau-Nak. Muka meluat ditinjukkan.
"Okay. I'm sorry sebab tak serious dengan hubungan kita dulu. Tapi ni semua saya buat sebab saya....saya cuba nak hilangkan perasaan kat awak. Tu yang awak suruh kan. Lupakan perasaan dan kita kawan."
Aku mengangguk laju. Malas nak layan.
"O.K" Aku pusing dan berura ura mahu melangkah pergi.
Tiba tiba tangan aku di tarik dan aku terpusing menghadap si jejaka yang merayu memohon maaf.
"Lepaskan lah." Aku menarik tangan kembali.
"Tapi awak pun salah. Saya sayang awak. Tapi awak buat apa ? Awak hilang macam tu aje. Lepastu mintak putus tunang. Lepastu awak tipu. Awak kata pergi belajar dan tiga tahun lagi awak balik. Tapi mana ? Mana janji awak tu ?"
"Syaz. Saya pernah cakap kan untuk kebaikan kita. Dalam surat tu. FYI. Nyawa saya dalam bahaya masa tu ! Awak boleh tak faham !"
Syazwan terkedu.
"Maksud awak ?"
"Arwah Haraz dan Hariz pernah bagi tahu kan. Family saya dalam bahaya."
Syazwan mengangguk.
"So betul. Dalam bahaya. Kak Nor dah dikira lebih selamat sebab Abang Adam boleh jaga dia. Dhia perlukan saya."
Aku menarik nafas dan memohon kekuatan dari Allah SWT. Aku memandang kiri kanan. Argh!!! Tak selamat. Dia ada kat sini.
"Kita bincang kat tempat lain. Saya balik dulu. Lepas zohor jumpa kat taman biasa."
Syazwan hanya mengangguk.
Seperti yang dirancang. Dia dah pun sampai awal dari aku. Aku rasa aku ngam ngam dah. Dia yang awal kot.
"Lambat tiga minit." Dia bersuara apabila aku duduk di bangku bertentangannya.
"Okay lah tu." Aku membalas.
Tiga minit je pun. Berkira la ketua pengawas ni ! Tak nak bagitahu nanti kang terus jadi tikus takut kucing. Siapa kucing ? Aku lah tu. Hohoho. Baik singa terus kan. Eh sudah sudah focus Yana !
"Awak tahu tak kalau awal lambat --"
"Kalau saya lambat 3 minit sebanyak 60 kali. Saya dah buang masa orang 3 jam. Okay apa apa je lah. Ni awak nak cakap ke saya yang nak cakap ?" Aku memintas laju.
"Okay, sorry. Apa yang awak cuba maksudkan pagi tadi ?"
Aku menarik nafas dalam dalam dan meneruskan.
"Lima tahun lepas. Saya kehilangan abi, umi, tok yah, nenda, abang dan kakak ipar saya." aku menahan air mata.
"Saya cuba jadi kakak yang terbaik untuk seorang adik yang berumur 10 tahun. Dhia. Walau dia sendiri nampak umi ditikam, walau dia boleh ingat setiap kejadian yang berlaku. Setiap apa yang dia lalui. Dia ingat sebiji sebiji. Macam dalam video sebab dia ada photografi. Tapi dia kuat. Dia tak pernah mengeluh. Dia yang bagi saya semangat." aku menganggkat muka memandang Syazwan.
Muka dia berkerut. Mungkin dia fikir aku lari tajuk.
"Saya bukan nak lari dari tajuk. Tapi bagi saya luah kan perasan dan apa yang dah berlaku sampai saya buat keputasan ni." Dia mengangguk.
Aku mula menceritakan segalanya yang dah berlaku pada saat aku berumur 15 hingga ke 17 tahun. Masih pelajar. Tapi dalam tiga tahun itu lah kisah silam yang sukar dilupakan.
YOU ARE READING
1 | D'Yana
Teen FictionKarya Pertama NAHS Syazwan || Diana Engku Diana Haisya. Gadis periang suatu masa dahulu, sebelum gaya hidupnya bertukar menjadi seorang yang pendiam. Perpindahan keluarganya ke Kuala Lumpur telah menyatukan Yana dengan sahabat lamanya. "Engku Diana...